Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru Antara Empat Lelaki Ditahan Disyaki Edar Ganja Di Besut

GANJA
Kredit: Bernama

Guru Antara Empat Lelaki Ditahan Disyaki Edar Ganja Di Besut

Seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Raja, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu dilakukan hasil risikan berhubung aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di lokasi menemukan bahan disyaki ganja seberat 21.70 gram dengan nilai rampasan dianggarkan RM1,085.

“Semua suspek berusia antara 25 hingga 36 tahun termasuk seorang penjawat awam yang bertugas sebagai guru.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis ganja THC atau Tetrahydrocannabinol,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.