Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Minyak Brent Naik Hampir Lima Peratus Susulan Ketidakpastian Selat Hormuz

Harga Minyak Naik
Kredit Bernama

Harga Minyak Brent Naik Hampir Lima Peratus Susulan Ketidakpastian Selat Hormuz

ISTANBUL, 7 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Harga minyak Brent meningkat hampir lima peratus selepas letupan kedengaran di Pulau Qeshm, Iran, susulan operasi terhadap “sasaran yang dianggap bermusuhan” di pintu masuk Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Harga minyak Brent mencecah US$82.30 setong setakat 10.40 malam GMT, meningkat 4.9 peratus, manakala harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik empat peratus kepada US$78 setong.

Harga gas Kesatuan Eropah (EU), yang menjadi penanda aras bagi gas asli, turut melonjak 11.5 peratus kepada €58.40 bagi setiap megawatt.

Lewat Khamis, dua letupan yang kedengaran di selatan Iran dikaitkan dengan operasi terhadap apa yang disifatkan sebagai "sasaran yang bermusuhan" berhampiran pintu masuk Selat Hormuz, menurut agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim.

Sebelum ini, Iran pada Rabu memaklumkan bahawa perjanjian dengan Oman untuk membuka semula laluan perairan penting itu hampir dimuktamadkan, sekali gus mencetuskan harapan untuk meredakan ketegangan di Asia Barat dan mengurangkan tekanan inflasi akibat harga tenaga yang tinggi.

Intipati
  • Harga minyak Brent mencecah US$82.30 setong, meningkat 4.9 peratus setakat 10.40 malam GMT.
  • WTI naik empat peratus kepada US$78 setong, manakala harga gas EU melonjak 11.5 peratus.
  • Tasnim mengaitkan letupan di selatan Iran dengan operasi terhadap sasaran yang disifatkan bermusuhan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan