Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Petrol, Diesel Kekal Sehingga 30 Julai Ini

harga petrol diesel
Kredit: Bernama

Harga Petrol, Diesel Kekal Sehingga 30 Julai Ini

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

BACA: RON95 vs RON97: Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Kereta Anda?

Menurut MOF, penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan, melalui MOF, akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Sumber: Bernama