Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Petrol & Diesel Turun 5 Sen Mulai Esok

Harga Petrol
Kredit: Bernama

Harga Petrol & Diesel Turun 5 Sen Mulai Esok

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun sebanyak 5 sen berkuat kuasa dari 6 hingga 12 Ogos depan.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan di media sosial berkata harga terbaru pada RON97 adalah RM4.35 seliter, RON95 (RM3.77 seliter) dan diesel (RM4.57 seliter).

Menurutnya, harga terbaru itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Walaupun harga minyak mentah Brent melepasi AS$90 setong pada minggu lalu, penurunan pada penghujung tempoh pengiraan harga APM telah menjurus kepada pengurangan harga petroleum tanpa subsidi.

"Keadaan geopolitik yang kekal tidak menentu, termasuk perkembangan berkaitan usaha perdamaian yang berubah dari hari ke hari, terus menyebabkan turun naik ketara dalam pasaran minyak dunia.

"Harga petroleum kekal sensitif terhadap risiko gangguan bekalan sekiranya laluan perkapalan utama, khususnya Selat Hormuz dan Laut Merah, terjejas susulan peningkatan konflik," katanya.

Kredit: MOF

Ujar MOF, Selagi konflik tersebut belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu ketidaktentuan pasaran dunia.

"Kerajaan MADANI bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global ini sebaik mungkin.

"Subsidi bersasar terus tersedia melalui BUDI MADANI RON95 (BUD195), BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)," jelasnya.

Sementara itu, kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

Merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu mengurangkan tekanan terhadap bekalan negara dan perbelanjaan subsidi.

Intipati
  • Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 5 sen mulai 6 hingga 12 Ogos.
  • MOF menetapkan harga baharu RON97 RM4.35, RON95 RM3.77 dan diesel RM4.57 seliter.
  • Kerajaan berkata subsidi bersasar masih tersedia melalui BUDI MADANI, SKDS dan SKPS.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan