Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harimau Malaya Daki Dua Anak Tangga, Kini Ranking Ke-132 Dunia

harimau malaya 132 dunia
Gambar: Bernama

Harimau Malaya Daki Dua Anak Tangga, Kini Ranking Ke-132 Dunia

KUALA LUMPUR (Bernama) — Skuad Harimau Malaya melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-132 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

Mengikut laman sesawang www.fifa.com, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mengumpul keseluruhan 1,117.64 mata untuk meningkat daripada posisi ke-134 dunia yang dihuni sejak 18 Julai lepas.

Perkembangan positif itu dicapai susulan kejayaan menamatkan kemarau 11 tahun muncul juara saingan Pestabola Merdeka 2024 berlangsung dari 2 hingga 10 Sept lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini yang disertai juara bertahan Tajikistan, Lebanon dan Filipina.

BACA: Polis Tidak Cadang Haram Perhimpunan RXZ – Pengarah JSPT

Bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan daripada negara Asia Tenggara lain antaranya Vietnam di kedudukan ke-116 sementara Thailand ke-100.

Bagi zon Asia, lima pasukan terbaik ialah Jepun yang menduduki ranking ke-16 dunia, Iran (ke-19), Korea Selatan (ke-23), Australia (ke-25) dan Arab Saudi (ke-56).

Sementara itu, juara Piala Dunia 2022 Argentina kekal sebagai pasukan nombor satu dunia diikuti Perancis di tempat kedua, Sepanyol (ketiga), England (keempat) dan Brazil melengkapkan pasukan lima teratas dalam ranking FIFA.

Sumber: Bernama