Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
warga asing ketagih malaysia
Gambar: Bernama & Facebook Malaysia Travel

“Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia

Iqbal Yasir

“Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia

Baru-baru ini, seorang warga asing memberi amaran kepada pelancong dari luar supaya berhati-hati ketika melawat Malaysia.

Hal ini kerana kepelbagaian daya tarikan boleh membuatkan mereka ‘ketagih’ untuk melancong ke negara ini.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di kumpulan Facebook Malaysia Travel, pengguna dikenali Dimitris Apostol Valkaniotis berkata selain daripada negara yang mempersona, pelancong juga akan ketagih dengan syarikat penerbangan di Malaysia.

“Perhatian warga dunia yang berada di jarak jauh, hati-hati, anda boleh ketagih dengan negara ini dan syarikat penerbangan nasionalnya.

“Melainkan anda mampu membeli tiket kapal terbang dua atau tiga kali setahun,” selorohnya menerusi hantaran tersebut.

Lelaki itu turut mengepilkan beberapa foto yang memaparkan keindahan sekitar ibu kota, Kuala Lumpur antara yang kelihatan ialah bangunan Menara Berkembar Petronas, laluan LRT dan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS).

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen termasuk pelancong dari luar negara bersetuju dengan hantaran tersebut susulan terperangkap dengan daya tarikan di negara ini.

Sesetengah mereka yang telah melawat Malaysia juga tidak melepaskan peluang menyenaraikan pelbagai keunikan seperti tempat dan makanan yang boleh dilawat serta dicuba ketika melancong ke negara ini.

Bahkan, terdapat juga rakyat Malaysia yang berbangga melihat respon kebanyakan pengunjung dari luar negara.

“Sudah terlambat, kami sudah pun ketagih, kali keempat datang tahun ini,” komen seorang pengguna.

“Tolong datang balik kalau anda terlepas sekurang-kurangnya satu daripada ini, nasi lemak, roti canai, sate, burger ramly, rendang, lemang, apam balik…” komen seorang pengguna dengan pelbagai tarikan di sini.

“Kami baru sahaja pulang dari Jerman dua minggu lalu dan sudah tempah tiket ke Malaysia untuk Disember,” kongsi seorang mat salleh.

“Tak dinafikan ketagih, dah empat kali saya ke sana,” komen seorang lagi.

Tarikan bukan sekadar di Kuala Lumpur, malah Malaysia menawarkan pelbagai lokasi yang menarik di mana setiap negeri mempunyai tarikan yang berbeza-beza dengan kepelbagaian hidangan makanan.

Jadi, tidak pelik sekiranya pelancong luar boleh ketagih untuk datang melawat Malaysia susulan negara ini penuh dengan keindahan semula jadi selain makanan yang lazat.

Sumber: Dimitris Apostol Valkaniotis via Facebook Malaysia Travel

BACA JUGA: Gelagat Marshal TUDM “Shuffle” Ketika Beri Isyarat Penerbangan Curi Perhatian

BACA JUGA: Penyanyi Rap Amerika Syarikat, Fatman Scoop Meninggal Dunia