Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Fatman Scoop Meninggal
Gambar: Instagram Fatman Scoop

Penyanyi Rap Amerika Syarikat, Fatman Scoop Meninggal Dunia 

Iqbal Yasir

Penyanyi Rap Amerika Syarikat, Fatman Scoop Meninggal Dunia

LOS ANGELAS — Penyanyi rap Amerika Syarikat, Fatman Scoop meninggal dunia selepas rebah di atas pentas pada konsertnya yang berlangsung di Connecticut Jumaat lalu, lapor BBC News.

Agensi MN2S mengesahkan kematian penyanyi tersebut di laman Facebook.

Difahamkan, penyanyi yang berusia 53 tahun itu sepatutnya membuat persembahan di Festival Reminisce UK pada 7 September ini telah dikejarkan hospital tempatan dengan menaiki ambulans sebelum disahkan meninggal dunia.

“Scoop ialah tokoh yang disayangi dalam dunia muzik, yang karyanya digemari oleh ramai peminat di seluruh dunia.

“Suara ikonik, penuh bertenaga dan peribadinya yang hebat meninggalkan memori yang tidak dapat dilupakan dalam industri seni,” maklum agensi itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, keluarga Scoop turut menzahirkan kesedihan di atas pemergian mendiang menerusi muat naik di media sosial.

“Fatman Scoop bukan hanya seorang penghibur bertaraf dunia, dia adalah seorang bapa, abang, bapa saudara dan seorang kawan.

“Dia adalah senyuman dalam kehidupan kami, sumber kekuatan, sokongan yang berterusan dan keberanian yang tidak berbelah bahagi,” kata keluarga Scoop.

Fatman Scoop atau nama sebenarnya Isaac Freeman III, merupakan seorang penyanyi berpengaruh hip hop New York City pada 1990-an.

Antara lagu popularnya termasuklah Lose Control yang memenangi anugerah Grammy oleh Missy Elliott dan It’s Like That oleh Mariah Carey.

Selain itu, mendiang juga popular dengan hit Be Faithful yang diterbitkan pada 1999 sebelum mula mendapat sambutan antarabangsa pada 2003.

Terdahulu, penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, August 08 dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun, lapor SK via The Sun UK.

August 08 atau nama sebenarnya, Ray Davon Jacobs meninggal dunia pada 28 Ogos lepas, namun berita kematiannya hanya dimaklumkan sehari kemudian.

”Mendiang mengembara ke seluruh dunia dan menyentuh hati jutaan manusia melalui muzik. Saya berbangga memiliki adik sepertinya.

”Saya menyeru anda semua supaya terus mendengar karya-karya mendiang dan berkongsi kehebatannya dengan semua orang.” kata kakaknya.

Sumber: BBC News

BACA JUGA: Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa “Search & Recovery”

BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’