Penyanyi Rap Terkenal, A$AP Rocky Mahu Jadi Datuk Bandar New York
Penyanyi rap terkenal, A$AP Rocky dengan penuh keyakinan menyatakan impiannya untuk bertanding bagi jawatan Datuk Bandar New York pada penggal 2029.
New York Post melaporkan pasangan Rihanna itu mendedahkan hasratnya untuk menceburi dunia politik dalam satu temubual bersama Esquire.
A$AP Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelston Mayers yakin mampu menepati impiannya menjadi datuk bandar.
Keyakinan rapper itu untuk menjadi datuk bandar diperkuatkan lagi dengan kejayaan bekas rapper, Zohran Mandani yang kini menjadi ‘wajah’ New York.

“2029, pilih datuk bandar Mayers. Pilih Rocky,” katanya dengan penuh yakin.
Rapper berusia 37 tahun itu turut menjelaskan sebab dia yakin mampu memimpin New York pada penggal akan datang.
“Saya percaya saya boleh menjadi datuk bandar kerana saya seorang pembela rakyat. Jika ada jalan berlubang, kita perbaiki
“Saya juga mahu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, memperbaiki taraf hidup rakyat, serta meningkatkan kualiti servis kesihatan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam New York Post.