Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hilang Sejak 18 Mei, Jurutera Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta

Athirah
jurutera meninggal kereta
Kredit: Sinar Harian

Hilang Sejak 18 Mei, Jurutera Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta

Seorang jurutera ditemukan meninggal dunia dalam keretanya di Taman Sentosa, Johor Bahru selepas dilaporkan hilang sejak lebih 10 hari lepas, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mayat Muhammad Hamizan yang berusia 33 tahun itu, ditemukan dalam kereta yang diparkir dihadapan sebuah premis perniagaan kira-kira jam 11 pagi, pada Rabu.

“Dia dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia dan mayat sudah mula membusuk di tempat duduk pemandu.

Jurutera ditemukan meninggal dunia dalam kereta selepas lebih 10 hari dilaporkan hilang

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kejadian ini tidak melibatkan kemalangan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Setakat ini, punca kematian jurutera berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa. Manakala, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.

Rakan mangsa merupakan orang terakhir yang melihat mangsa

Dalam pada itu, Raub memberitahu bahawa keluarga mangsa sebelum ini telah membuat laporan tentang kehilangan mangsa pada 19 Mei lepas di Kota Tinggi.

Kemudian pada 29 Mei, abang kepada mangsa iaitu Muhammad Haziq Ramli, 34, meminta bantuan orang ramai seandainya mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan mangsa.

Kata Haziq, adiknya bekerja sebagai jurutera tapak di Projek Perumahan Transit Penjawat Awam Pengerang. Dia kali terakhir dilihat oleh rakan kerja pada petang 18 Mei lalu.

BACA: BSNSecure Tak Lagi Dapat Digunakan, Perlu Dikemas Kini Ke myBSN Mobile

BACA: Cadangan Pindaan Akta 50 Perkemas Pendaftaran Pakar Perubatan – Dzulkefly

Sumber: Sinar Harian