Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hong Kong Tawarkan Pelbagai Pengalaman Menarik Untuk Rakyat Malaysia Menjelang Hujung Tahun

MALAYSIA

Hong Kong Tawarkan Pelbagai Pengalaman Menarik Untuk Rakyat Malaysia Menjelang Hujung Tahun

Bagi rakyat Malaysia yang ingin berehat seketika daripada cuaca panas, Hong Kong menawarkan pelbagai agenda untuk dikunjungi dalam beberapa bulan akan datang. Pada musim luruh dan musim sejuk kali ini, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik, daripada tradisi berusia ratusan tahun dan sambutan meriah di seluruh bandar hingga ke aktiviti keluarga serta pengembaraan luar, sebuah pengalaman yang hanya akan dapat 'Only in Hong Kong'

Dengan gabungan unik warisan Timur dan Barat, pemandangan ikonik Victoria Harbour, kawasan kejiranan yang meriah serta tarikan alam semula jadi, Hong Kong terus mengukuhkan kedudukannya sebagai ibu kota acara Asia, menawarkan sesuatu untuk setiap pengunjung.

Bagi Pencinta Budaya: Nikmati Tradisi Berusia Ratusan Tahun di Bandar Moden

Musim luruh di Hong Kong bermula dengan Festival Pertengahan Musim Luruh yang menampilkan pertunjukan tanglung antarabangsa yang meriah di Victoria Park dari 17 hingga 27 September. Pertunjukan ini turut menampilkan Tanglung Qinhuai yang terkenal dari Nanjing serta International Lantern Corridor yang mengetengahkan seni tanglung perayaan dari lebih 20 negara.

Dari 24 hingga 26 September, pengunjung juga boleh menyaksikan Tarian Naga Api Tai Hang yang ikonik, kini memasuki edisi ke-147, dengan naga sepanjang 67 meter diterangi 12,000 batang colok yang menyala akan menyusuri jalan-jalan di Tai Hang.

Bagi Pengunjung Aktif: Terokai Hong Kong di Luar Bandar

Hong Kong bukan sekadar menawarkan pengalaman bandar, malah turut mempunyai pelbagai tarikan alam semula jadi yang menarik. Pencinta pengembaraan boleh menyertai Sun Hung Kai Properties Hong Kong Cyclothon pada 11 Oktober, yang menampilkan laluan kayuhan 56 km dan 32 km merentasi jambatan, terowong serta landskap bandar ikonik Hong Kong.

Kemeriahan berterusan di Cyclothon Carnival di West Kowloon Cultural District, dengan pelbagai aktiviti sepanjang hari termasuk aktiviti sukan, hiburan, aktiviti mesra keluarga serta pilihan makanan. Selain berbasikal, pengunjung juga boleh meneroka laluan pendakian, pulau-pulau luar serta Hong Kong UNESCO Global Geopark yang menawarkan gabungan menyegarkan antara pemandangan bandar dan keindahan alam semula jadi.

Bagi Pencinta Hiburan: Halloween Meriahkan Lagi Hong Kong

Oktober ini, Hong Kong akan menganjurkan sambutan Halloween di seluruh bandar buat julung kalinya dengan mengubah seluruh bandar menjadi pentas gergasi yang dipenuhi kreativiti, kostum dan pelbagai pengalaman menarik. Dengan pelbagai aktiviti bertemakan Halloween serta kolaborasi bersama organisasi tempatan di beberapa daerah, pengunjung boleh menyertai hujung minggu istimewa pada 17 dan 24 Oktober sebelum kemuncak sambutan di seluruh bandar pada 31 Oktober. Tarikan popular termasuk Hong Kong Disneyland dan Ocean Park turut memeriahkan sambutan dengan pengalaman Halloween tersendiri.

Bagi Pengunjung Keluarga dan Pencinta Perayaan: Sambutan Musim Sejuk yang Meriah

Selain pengalaman membeli-belah bermusim dan menjamu selera sempena perayaan di seluruh bandar kemeriahan berterusan hingga hujung tahun menerusi Hong Kong WinterFest mulai November, yang menampilkan Christmas Town serta pertunjukan cahaya yang memukau di Central, Tsim Sha Tsui dan Causeway Bay.

Sambutan akan memuncak dengan New Year Countdown Celebrations pada 31 Disember, yang menampilkan pertunjukan bunga api yang memukau di Victoria Harbour diiringi persembahan muzik.

Di sebalik acara-acara utama ini, pengunjung boleh meneroka gabungan unik di bandar dan keindahan alam semula jadi di Hong Kong, sama ada menaiki Star Ferry atau bot tradisional di Victoria Harbour, menaiki trem bersejarah “ding ding” melalui kawasan kejiranan yang meriah, atau menyusuri laluan indah dan landskap persisiran pantai.

Sama ada pengunjung ingin menerokai budaya penduduk Hong Kong, aktiviti luar, pengalaman kulinari, sambutan hari perayaan, atau sekadar mengunjung Hong Kong pada musim luruh dan musim sejuk, negara ini menyajikan pelbagai cara untuk rakyat Malaysia mengalami sendiri Hong Kong dan menjadikan ia sebagai pilihan destinasi percutian mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan pengalaman akan datang di Hong Kong, sila layari laman web Discover Hong Kong.

Intipati
  • Hong Kong menawarkan acara musim luruh dan sejuk untuk pelancong Malaysia menjelang hujung tahun.
  • Festival tanglung, Tarian Naga Api Tai Hang dan Cyclothon menjadi antara tarikan utama.
  • WinterFest dan sambutan tahun baharu di Victoria Harbour akan memeriahkan kalendar percutian.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan