Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Hujan Berterusan Sejak Malam Tadi, Meru Dilanda Banjir
Berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi, terdapat kawasan di Klang yang telah dinaiki air. Keadaan air yang semakin tinggi bermula awal pagi tadi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial, keadaan terkini menunjukkan beberapa kawasan di daerah itu terjejas termasuk kawasan perumahan, masjid dan premis perniagaan. Setakat ini, lokasi yang dikenal pasti terjejas merupakan kawasan di sekitar Meru.
Difahamkan, air sudah di paras lutut sekitar Jalan Cempaka Meru seawal jam 2 pagi tadi.
Penduduk di sekitar turut berada dalam keadaan berjaga-jaga.
BACA: Banjir: 18 Sekolah Di Terengganu Di Tutup
Setakat pagi ini, tiada maklumat terkini berkenaan banjir di kawasan lain sekitar Klang.
Terdahulu, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melanda Selangor, khususnya Klang pada jam 1 pagi tadi. Amaran tersebut menjangkakan hujan lebat di beberapa kawasan sehingga jam 6 pagi yang kemudiannya berkuat kuasa sehingga jam 9 pagi apabila amaran baharu dikeluarkan pada jam 5.15 pagi.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang juga telah mengeluarkan notis persediaan menghadapi fenomena Monsun Timur Laut yang bermula sejak Selasa hingga Isnin depan.
Menerusi muat naik di laman Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Klang, pihaknya turut menasihati orang ramai untuk bersedia berikutan air pasang yang dijangka naik setinggi 4.7 meter pada jam 4.29 pagi tadi.
Paras air dijangka kekal melebihi 4 meter sehingga Isnin.
Sementara itu, Bernama melaporkan jumlah mangsa banjir terkini di Kelantan meningkat dengan mendadak pagi ini iaitu seramai 59,232 orang dipindahkan ke 221 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 50,947 orang mangsa malam tadi.
BACA: Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak, Kelantan Catat Angka Tertinggi
BACA: Banjir: 32 Jalan Ditutup Di Terengganu
Sumber: Suriea Mohd Noor, Cafe Salim, Anak Pak Mael, Media Penglipur Lara, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)