Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
mangsa banjir meningkat
Kredit: Bernama

Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak, Kelantan Catat Angka Tertinggi

Azizah Najib

Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak, Kelantan Catat Angka Tertinggi

KUALA LUMPUR, 29 November (Bernama) — Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 22,156 orang di 53 PPS, diikuti Tumpat (8,434 mangsa, 17 PPS); Kota Bharu (5,944 mangsa, 31 PPS); Kuala Krai (5,253 mangsa, 39 PPS); Tanah Merah (4,366 mangsa, 26 PPS) dan Bachok (2,844 mangsa, lapan PPS).

Jajahan lain yang turut terkesan dengan bencana ialah Pasir Puteh (4,956 mangsa, 21 PPS); Machang (4,395 mangsa, 20 PPS); Jeli (838 mangsa, lima PPS) dan Gua Musang (46 mangsa, sebuah PPS).

BACA: Hujan Berterusan Sejak Malam Tadi, Meru Dilanda Banjir

Sementara itu, portal Jabatan Pengaliran dan Saliran melaporkan beberapa sungai utama di Kelantan telah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini, antaranya Sungai Lanas di Jeli dengan bacaan 28.78 meter, Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.17 m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (5.58 meter), Sungai Golok di Kampung Jenob (28.79 m) dan Sungai Sokor di Kampung Sokor (33.92 m).

Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang juga kini berada di paras 11.50 m, melebihi had bahaya sembilan meter dan Tangga Bratley Kuala Krai pada paras 25.25 m.

Di TERENGGANU, seramai 20,911 orang daripada 5,916 keluarga berlindung di 232 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 17,762 orang pada 8 malam semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan angka terkini itu membabitkan tujuh daerah terjejas, dengan Besut kekal mencatat bilangan tertinggi iaitu 9,338 mangsa di 96 buah PPS, diikuti Hulu Terengganu (4,333 mangsa), Setiu (4,255 mangsa), Kemaman (1,534 mangsa), Dungun (709 mangsa), Marang (668 mangsa), dan Kuala Nerus (74 mangsa).

Semakan di portal InfoBanjir menunjukkan bacaan paras air di sembilan stesen berada pada paras bahaya, iaitu enam di Setiu, antaranya Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Kampung Bukit.

Di daerah Kemaman pula, ia melibatkan stesen Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman manakala Dungun membabitkan stesen Sungai Dungun di Kuala Dungun dan di Jambatan Jerangau.

Di KEDAH, bilangan mangsa banjir mencecah 4,378 orang daripada 1,432 keluarga setakat pagi ini berbanding 2,210 orang daripada 717 keluarga, malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari lima daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena dan Sik itu ditempatkan di 34 PPS.

Katanya Kubang mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,708 orang daripada 600 keluarga di 13 PPS, diikuti Padang Terap (1,145 keluarga daripada 338 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS)

“Manakala di Kota Setar, seramai 735 orang daripada 230 keluarga ditempatkan di tiga PPS, Pokok Sena seramai 429 orang daripada 140 keluarga di tiga PPS dan di Sik, seramai 361 orang daripada 124 keluarga ditempatkan di enam PPS,” katanya dalam kenyataan.

Peningkatan juga berlaku di PERLIS dengan seramai 488 orang daripada 145 keluarga berada di PPS setakat pukul 8 pagi ini berbanding 415 orang daripada 125 keluarga malam tadi.

Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kesemua mereka berlindung di empat PPS, iaitu PPS SK Guar Nangka dan PPS SK Arau bagi kawasan Arau manakala PPS SK Titi Tinggi (Padang Besar) dan PPS Dewan Warisan (Kangar).

Beliau berkata PPS SK Guar Nangka mempunyai 73 mangsa banjir, PPS SK Arau (175 orang), PPS SK Titi Tinggi (131 orang) dan PPS Dewan Warisan (109 orang).

BACA: TNB Tutup 14 Lagi Pencawang Elektrik Di Kelantan

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebuah PPS telah dibuka pada 11 malam tadi, menjadikan jumlah yang beroperasi setakat pagi ini adalah tiga.

Seramai 20 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman di Kerian, manakala 49 mangsa daripada 15 keluarga diletakkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru, Batang Padang.

Selain itu, sekretariat itu turut memaklumkan Sungai Rui di Gerik, berada pada paras amaran dengan merekodkan bacaan 165.52 meter berbanding paras normal iaitu 165.10 meter.

Di NEGERI SEMBILAN, laman sesawang Info Bencana JKM melaporkan seramai 291 mangsa daripada 100 keluarga ditempatkan di lapan PPS membabitkan dua daerah iaitu Kuala Pilah dan Tampin setakat 8.30 pagi ini.

PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Keru, SK Gedok, SK Felda Sungai Kelamah, Dewan Felda Jelai 4, Masjid Felda Jelai 4 di Tampin; serta Dewan Orang Ramai Dangi, SK Undang Johol dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampung Baru Kepis di Kuala Pilah dengan jumlah mangsa masih sedang dikemaskini.

BACA: Rantau Panjang Lumpuh, Penduduk Trauma Teringat Tragedi 2014

Sumber: Bernama