Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan melanda seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Manakala, di Pahang, hujan lebat diramal melanda daerah Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan.
Di Selangor pula, daerah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang yang terlibat.
Bagi Negeri Sembilan, hanya daerah Jelebu dan Seremban yang terlibat.
Selain itu, daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor juga terlibat.
Di Sarawak pula, ia melibatkan daerah Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Pusa), Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Telang Usan).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.