Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini

Hujan Lebat Di 8 Negeri

Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 10 malam ini.

Menurutnya, amaran hujan lebat itu membabitkan seluruh negeri Perlis.

Di Kedah, amaran melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala di Perak pula hanya daerah Larut, Matang Dan Selama diramal hujan lebat.

Selain itu, hanya daerah Gua Musang yang terbabit di negeri Kelantan.

Bagi negeri jirannya pula iaitu Terengganu, daerah yang terlibat ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

"Di Pahang, amaran melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh dan Kuantan.

"Seterusnya, di Sarawak membabitkan Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Song), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang," kata MetMalaysia.

Manakala di Sabah pula, daerah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat juga termasuk dalam amaran itu.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Sumber:Facebook