Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah termasuk seluruh kawasan di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.
"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Selain itu, di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
"Bagi Kelantan pula hanya daerah Gua Musang dan lima daerah Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.