Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: ImageFX

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu membabitkan seluruh negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam pada itu, hujan lebat juga diramal berlaku di negeri Kedah iaitu di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang dan Perak, amaran hanya melibatkan kawasan Sebarang Perai dan Kerian.

Manakala di Pahang pula dijangka di Raub, Bentong, Bera dan Rompin.

Beralih ke Selangor, daerah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang turut tersenarai dalam amaran itu.

Bagi negeri Johor, amaran membabitkan Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing.

Di Sarawak pula, hujan lebat dijangka melanda Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula di daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.