Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Dijangka Berterusan Di Sabah Dan Sarawak-MetMalaysia

Gambar Via BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa hari ini sehingga Jumaat (5 Feb).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat di Sabah dijangka bermula esok sehingga Rabu (3 Feb) melibatkan daerah Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu di Sarawak, hujan lebat diramal bermula hari ini sehingga Jumaat, membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Sumber: BERNAMA