Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Badai 7 Negeri, 1 WP Hingga Awal Pagi Ini

Athirah
Hujan 7 Negeri
Kredit: ImageFX

Hujan Lebat Diramal Badai 7 Negeri, 1 WP Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik di Kedah.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Pahang seperti Jerantut, Maran dan Bera.

Amaran berkenaan turut melibatkan kawasan Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Bagi Johor, kawasan yang terlibat adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Beralih ke Sabah, ia melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar).

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.