Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dikeluarkan di empat negeri sehingga jam 1 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat diramal berlaku di Terengganu iaitu di Kemaman dan Dungun.
Di Pahang, daerah Rompin dan Kuantan dijangka terlibat.
Begitu juga di Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di negeri Johor.
Hujan lebat juga dijangka melanda negeri Sabah iaitu di Pedalaman (Pensiangan), Tawau (Kalabakan), Sandakan (Labuk & Sugut, Paitan, Sandakan dan Telupid).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
