Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Petang Ini - MetMalaysia

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Petang Ini - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di empat negeri hingga jam 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu diramal melanda seluruh negeri Johor.

Selain itu, ia turut berlaku di Klang dan Kuala Langat di Selangor.

Di Sarawak, amaran hujan lebat itu membabitkan daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula, daerah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat dijangka terlibat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 5 petang.
  • Cuaca buruk itu diramal melanda seluruh Johor serta Klang dan Kuala Langat di Selangor.
  • Beberapa daerah di Sarawak dan Sabah turut dijangka terlibat dalam amaran cuaca tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan