Hujan lebat melanda banjir di beberapa jalan di Taif, Arab Saudi pada Rabu.
Menurut laporan Detik, aliran air deras dilihat melanda beberapa kawasan di bandar yang terletak di barat Arab Saudi itu susulan hujan berintensiti sederhana hingga lebat.
Rakaman dari udara menunjukkan arus banjir mengalir deras berhampiran sebuah masjid, manakala beberapa kenderaan dilihat bergerak perlahan ketika melalui jalan yang dinaiki air.
Lapor Detik, hujan turut melanda pusat bandar Taif serta beberapa kawasan di bahagian timur dan barat.
Sementara itu, Pusat Meteorologi Nasional Arab Saudi mengeluarkan amaran merah berikutan hujan lebat yang dijangka memberi kesan kepada beberapa kawasan di Makkah, Al Baha dan Asir.

