Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Ibu Bapa Zayn Rayyan Tertekan, Harap Kes Ini Dapat Diselesaikan Secara Baik” – Peguam
Selepas ditahan dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin berada dalam keadaan tertekan, lapor Sinar Harian.
Peguam yang mewakili pasangan suami isteri, Ilyani Khuszairy memaklumkan perkara berkenaan ketika sidang akhbar di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, bagi proses sambung reman pasangan berusia 28 tahun itu.
“Bapa kanak-kanak ini berada dalam keadaan yang sangat tertekan, dia menangis setiap kali diajukan soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenar ada di luar.
“Dia kelihatan sangat sedih malah berharap kes ini dapat diselesaikan secara baik.
“Ibu Zayn Rayyan sihat, cuma dia kurang bercakap, mungkin masih berada dalam keadaan terkejut selepas tujuh hari ditahan reman,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Fahmi Abd Moin akan memohon kepada mahkamah berhubung kedua-dua suspek
Pada waktu yang sama, beliau berharap siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil agar keadilan terhadap Zayn Rayyan dapat dicapai.
Bagaimanapun, Fahmi Abd Moin merupakan peguam kepada pasangan itu turut berkata, pembelaan akan memohon kepada mahkamah supaya dapat berjumpa dengan kedua-dua suspek ini.
Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan memakai baju lokap berwarna ungu telah dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi, selepas tempoh reman tujuh hari bermula 1 Jun lalu, tamat pada Jumaat.
Jasad Zayn Rayyan ditemui selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya
Terdahulu, negara di digemparkan berita Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam, pada 6 Disember tahun lalu.
Mayat Zayn Rayyan dikatakan ditemui oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.
Media tempatan turut melaporkan jasad Zayn Rayyan dijumpai di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya.
Selain itu, mangsa kemudian disahkan telah dibunuh selepas bedah siasat yang dibuat menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.
BACA: “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”, Jeritan Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah
Sumber: Sinar Harian