Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ibu Kritikal, Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai

Hannah
keadaan ayah ibu kritikal
Gambar: TikTok @ammaryassier79
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ibu Kritikal, Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai

Orang kata, untuk mengetahui setulus mana kasih dan sebesar mana cinta pasangan kita, jangan hanya melihat saat semuanya indah dan sempurna.

Sebaliknya, pandanglah bagaimana mereka melayan kita ketika kita sudah tidak berdaya. Mungkin ketika kita terbujur kaku, dengan mata terpejam dan tubuh tidak lagi mampu bergerak.

Benar, kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling. Kita tidak tahu siapa yang setia menunggu, siapa yang diam-diam menahan air mata dan siapa yang terus berdoa buat kita.

Namun, orang terdekat yang melihat segalanya dari depan mata bakal menjadi saksi sebenar nilai kasih dan cinta itu.

“Aku sedih tengok ayah…” – Si anak

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang menyayat hati dan mengundang sebak dalam kalangan warganet.

Video tersebut memaparkan seorang suami yang kelihatan tidak berdaya apabila melihat isteri tercinta terbujur kaku di atas katil hospital.

Dikongsikan oleh si anak menerusi TikTok @ammaryassier79, kelihatan betapa besarnya si ayah terhadap ibunya.

“Ayah yang selama ni aku kenal, semua masalah datang dia memang steady. Dia tak menggelabah dan selesaikan dengan tenang.

“Tapi bila ibu dalam keadaan sangat kritikal, dah hampir sebulan di ICU tanpa kata putus. Aku nampak ayah memang down teruk. Aku tak pernah tengok ayah macam ni.

Doctor minta ayah pilih 3 pilihan yang sangat sukar. Dan ayah sampai sekarang tak dapat buat keputusan. Sebab semua pilihan tu tidak menyebelahi ibu,” tulis si anak.

Tulisnya lagi, ayahnya yakin bahawa isterinya akan sembuh.

“Ayah tak mahu kehilangan ibu. Ayah mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT. 32 tahun ayah bersama ibu,” katanya.

“Bagi aku, ayah adalah hero kami adik-beradik dan ibu walau apa jua takdir Allah. Memang banyak dah pengorbanan ayah pada ibu masa sakit. Biar habis duit ringgit janji ibu kembali sembuh. Ayah dah berusaha yang terbaik, selebihnya hanya berserah pada Allah SWT.

“Aku mohon sahabat-sahabat dan orang yang mengenali ayah dan ibu, doakan kesihatan mereka berdua. Doakan ibu kembali sembuh seperti biasa. Doakan ayah ibu dan kami juga kuat tempuh dugaan dan ujian.

“Aku dah tak sanggup nak tengok keadaan ibu dan ayah macam ni. Bila mereka dua dalam kesusahan, luluh hati aku. Aku sedih dan tak mampu nak buat apa-apa melainkan berdoa. Mereka dua adalah nyawa aku,” luah si anak.

“Sesungguhnya, aku cemburu…” – Netizen

Perkongsian ini mengingatkan kita bahawa cinta sebenar bukan hanya tentang kata-kata manis. Sebaliknya, tentang setia bertahan ketika diuji, tentang tidak mengalah walaupun mungkin harapan semakin tipis.

Kami turut mendoakan semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan, diberikan kekuatan, dan semoga si ibu kembali sembuh dengan izin Allah SWT.

BACA: Dua Kanak-kanak Menangis Lihat Rumah Hancur ‘Disapu’ Banjir

BACA: Ayah Melutut, Meraung Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh

Sumber: TikTok @ammaryassier79