Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ikea Dedah Rakyat Negara Ini Paling Suka Tidur Di Dunia

RAKYAT PALING SUKA TIDUR
Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX

Tidur bukan sekadar rehat biasa, malah laporan global mendedahkan rakyat dari lima negara ini paling suka tidur.

Menurut IKEA Sleep Report 2025, kajian yang melibatkan seramai 55,221 responden dari 57 pasaran IKEA mendedahkan negara yang mempunyai rakyat paling suka tidur datang daripada beberapa negara Asia dan Timur Tengah.

Kajian tersebut dijalankan secara dalam talian antara 13 Ogos hingga 20 September 2024.

Tinjauan ini merupakan yang terbesar dilaksanakan di dunia berkaitan tabiat dan persepsi individu terhadap tidur.

Data laporan berkenaan menunjukkan 70 peratus responden global menganggap tidur sebagai antara kegembiraan terbesar dalam hidup.

Malah, lebih separuh responden menyatakan mereka lebih rela tidur berbanding melakukan aktiviti sosial.

Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX

Rakyat negara paling suka tidur

Berikut merupakan lima negara yang mencatat peratusan tertinggi responden yang mengutamakan tidur.

  1. Indonesia. Negara ini merekodkan peratusan tertinggi dengan jumlah 73 peratus responden memilih tidur berbanding aktiviti sosial.

  2. Thailand yang berada di kedudukan kedua mencatatkan rekod 71 peratus rakyatnya yang menyifatkan tidur sebagai satu kegembiraan hidup.

  3. Filipina pula mencatatkan 68 peratus rakyat yang mengutamakan tidur.

  4. Singapura mempunyai jumlah yang tidak jauh daripada Filipina, iaitu 66 peratus.

  5. Mesir pula mencatatkan seramai 65 peratus rakyatnya gemar tidur, menjadikan negara ini berada di tangga kelima dalam senarai ini.

Biarpun ramai yang menyukai tidur, namun laporan menunjukkan wujud jurang antara tempoh tidur yang diingini dengan tempoh sebenar yang dicapai.

Secara purata, jurang tersebut mencatatkan satu jam 20 minit.

Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX

Trivia

74 peratus golongan pelajar berusia 18 hingga 24 tahun melihat tidur sebagai satu kegembiraan hidup. Begitu juga dalam kalangan ibu bapa. Bagi individu yang bekerja secara syif, 75 peratus menyatakan kesukaan mereka kepada tidur.

Sementara itu, rakyat Jepun mencatatkan tempoh tidur paling rendah iaitu enam jam 10 minit setiap malam.

China pula merekodkan 82 peratus rakyat jarang bangun dalam keadaan letih.

Seramai 56 peratus rakyat Norway yang menyertai kajian ini berkemungkinan bangun dalam keadaan letih.

Manakala rakyat Turki pula mencatatkan waktu tidur paling lewat di dunia dengan purata sekitar jam 12.45 tengah malam.

Sumber:Ikea