Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AS Bangunkan Reaktor Nuklear Ward 250, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

REAKTOR NUKLEAR WARD 250
Kredit: US Department of War/Navy Petty Officer 1st Class Eric Brann

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mencatat sejarah dengan mengangkut reaktor nuklear bersaiz kecil menggunakan pesawat C-17 Globemaster III.

Reaktor nuklear merupakan sistem yang menghasilkan tenaga melalui proses pembelahan atom secara terkawal.

Teknologi ini digunakan bagi menjana elektrik serta menyokong keperluan tenaga berskala besar.

Baru-baru ini, AS menjadi perhatian dunia apabila menerbangkan reaktor nuklear bersaiz kecil, Ward 250 dari March Air Reserve Base di California ke Hill Air Force Base di Utah.

Reaktor ini diangkut menggunakan pesawat C-17 Globemaster III pada 15 Februari lalu.

Reaktor tersebut kemudiannya dijadualkan untuk dibawa ke Utah San Rafael Energy Lab bagi menjalankan beberapa ujian dan penilaian lanjut.

Apa Itu Reaktor Nuklear Ward 250?

Reaktor nuklear Ward 250 ialah reaktor generasi baharu berkapasiti lima megawatt.

Menurut Jabatan Pertahanan AS, Ward 250 mampu menjana tenaga untuk kira-kira 5,000 rumah.

Walau bagaimanapun, tumpuan pembangunan reaktor ini adalah untuk kegunaan ketenteraan.

Fungsi dan Kegunaan Ward 250

Tahukah anda. Reaktor kecil ini mampu menyediakan tenaga yang stabil di pangkalan tentera bagi membolehkan operasi ketenteraan berjalan tanpa bergantung kepada grid kuasa awam.

Dalam misi luar negara pula, reaktor ini dapat mengurangkan risiko gangguan bekalan bahan api selain meningkatkan daya tahan tenaga bagi operasi yang melibatkan teknologi moden.

Selain itu, Ward 250 berpotensi memenuhi keperluan tenaga yang tinggi termasuk pengoperasian pusat data kecerdasan buatan dan senjata tenaga terarah. Begitu juga bagi infrastruktur angkasa dan siber.

Mengapa AS Bangunkan Ward 250?

Penting untuk anda tahu, pembangunan Ward 250 adalah selaras dengan perintah eksekutif Presiden AS, Donald Trump.

Terdapat empat perintah eksekutif yang melibatkan tenaga nuklear telah ditandatangani Trump pada 23 Mei 2025.

Langkah ini merupakan usaha memodenkan landskap tenaga nuklear AS selain menyokong keselamatan negara melalui teknologi reaktor yang maju.

Bila Ward 250 Dijangka Beroperasi?

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan AS, negara berkenaan menyasarkan tiga reaktor kecil bakal beroperasi menjelang 4 Julai 2026.