Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Imbau Kenangan Ketika Belajar, Lelaki Kongsi Resipi Bajet Hanya Guna Setin Sardin & Beras
Tidak dinafikan, mengurus kewangan sebagai pelajar sememangnya mencabar. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai pelajar terpaksa merancang perbelanjaan dengan teliti.
Kini, berjimat bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi satu keperluan bagi setiap pelajar.
Malah, ramai yang mempunyai kisah tersendiri sehigga terpaksa mengikat perut demi meneruskan pengajian.
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di sosial media tentang seorang lelaki yang berkongsi pengalaman hidup susah sebagai seorang pelajar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @dedehy di TikTok, dia menceritakan bagaimana rakannya pernah menyediakan bubur sardin menggunakan hanya satu tin sardin dan satu pot beras untuk enam pelajar yang kelaparan termasuk dirinya.
Bahan-bahan yang diperlukan mudah sahaja
Menurut @dedehy, untuk menyediakan bubur sardin ini bahan-bahannya cukup ringkas.
Anda cuma memerlukan satu tin sardin dan satu pot beras sebagai bahan utama.
Selain itu, bubur ini boleh diperasakan mengikut cita rasa masing-masing dengan menambah sedikit garam, ajinomoto dan serbuk lada putih.
Akhir sekali, kicap juga boleh ditambah sekiranya mahu bagi menaikkan lagi rasa dan warna bubur tersebut.
Cara-cara menyediakan bubur sardin
Dalam video tersebut, @dedehy menasihatkan untuk menyediakan periuk nasi memandangkan kebanyakan pelajar di hostel tidak mempunyai dapur gas.
Mula-mula, masukkan beras yang telah dicuci bersih ke dalam periuk. Seterusnya, masukkan satu tin sardin.
Tambahkan air dalam kuantiti yang banyak bagi mendapatkan tekstur bubur yang lembut.
Sekiranya air melimpah semasa bubur sedang dimasak, buka penutup periuk buat seketika untuk mengelakkannya daripada melimpah keluar.
Apabila bubur hampir masak, masukkan bahan perasa seperti garam, ajinomoto dan serbuk lada putih mengikut kesesuaian rasa.
Setelah bubur masak sepenuhnya, salin ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.
Akhir sekali, kicap boleh ditambah sekiranya mahu sebagai pelengkap rasa sebelum dimakan.
Sumber: @dedehy