Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Ali Baba Bujang Lapok
Kredit: Youtube
Tiada Kategori

Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

Athirah

Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni Malaysia. Sepanjang hidupnya, beliau telah meninggalkan legasi yang kekal dalam industri hiburan tempatan.

Beliau bukan sahaja terkenal sebagai pelakon, tetapi juga sebagai pengarah, penyanyi, dan komposer yang berbakat.

Tambahan pula, Tan Sri P. Ramlee turut memainkan peranan sebagai salah seorang pelakon dalam filem arahan beliau sendiri seperti filem komedi bersiri Bujang Lapok.

Filem berkenaan juga turut dibintangi beberapa pelakon terkemuka yang lain antaranya S. Shamsuddin dan Aziz Satar.

Mungkin ramai diantara kita yang masih mengingati babak P. Ramlee selaku Ketua Penyamun membaca mantera untuk membuka atau menutup pintu gua persembunyian mereka dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Mantera berkenaan bukanlah mantera yang sebenar. Sebalik adalah frasa dalam bahasa Jawa dan mempunyai maksud yang melucukan apabila diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

Maksud mantera di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok

Untuk pengetahuan pembaca, ketika hendak membuka pintu gua yang menjadi markas mereka, P. Ramle akan menyebut frasa “niat enson matakaji semar ngiseng”. Manakala ketika hendak pintu gua pula, beliau menyebut “rampo ngiseng semar tilem”.

Menerusi hantaran Movie Addict MY di Facebook, individu ini telah mendedahkan ‘rahsia’ disebalik mantera ini yang pada awalnya dianggap mengarut.

“Niat enson matakaji semar ngiseng” bermaksud “niat saya nak intai orang buang air besar”, manakala “rampo ngiseng semar tilem” bermaksud “lepas buang air besar orang tidur”.

Rata-rata pengguna sosial media memuji kebijaksanaan Allahyarham dalam menghasilkan pelbagai dialog yang diingati sepanjang zaman.

Semua pasti tahu bahawa semua filem yang dihasilkan oleh P. Ramlee mempunyai sindiran sinis yang penuh pengajaran kepada masyarat. Malah, setiap dialog terkadang diucap secara spontan namun masih menerapkan unsur didikan secara tersirat.

Perginya seorang tokoh seni ulung

Tan Sri P. Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973 iaitu ketika beliau berumur 45 tahun kerana diserang penyakit jantung.

Kematian Tan Sri P. Ramlee merupakan satu kehilangan dan kerugian besar kepada negara, khususnya dalam dunia hiburan.

Allahyarham merupakan tokoh seni ulung yang tiada tolok bandingnya di Malaysia dan Asia. Sehingga ke saat ini, tiada tokoh dalam dunia hiburan tanah air yang dapat menyamai atau menyaingi legasi ditinggalkan Allahyarham.

BACA: Belanjawan 2025: CAP Harap Cukai Jualan Rokok Diperkenal Semula

Sumber: Movie Addict MY via Facebook