Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
maxim indrive henti operasi
Gambar: Bernama

InDrive, Maxim Diarah Henti Operasi Berkuat Kuasa 24 Julai

Iqbal Yasir

InDrive, Maxim Diarah Henti Operasi Berkuat Kuasa 24 Julai

JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) — Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menghantar surat mengarahkan pemberhentian operasi dua aplikasi e-hailing dari Rusia yang didakwa dijalankan secara haram iaitu InDrive dan Maxim, berkuat kuasa 24 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Berkuat kuasa 24 Julai ini, operasi InDrive dan Maxim perlu dihentikan daripada beroperasi di negara ini.

“Dua syarikat e-hailing berkenaan boleh membuat rayuan namun rayuan itu hanya boleh diputuskan saya selaku Menteri Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Semula Landasan untuk Operasi Perkhidmatan Kargo Pasir Gudang-Kempas Baru, dekat sini, hari ini.

Isnin lepas, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia dilaporkan menggesa kerajaan melaksanakan penguatkuasaan tegas terhadap kedua-dua aplikasi e-hailing tersebut termasuk menyekat akses platform itu kerana menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Persatuan itu mendakwa antara ketidakpatuhan aplikasi berkenaan adalah tidak memastikan pemandu mereka memiliki Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah seperti yang diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan pemandu kedua-dua aplikasi berkenaan didakwa tidak memiliki insurans e-hailing dan tidak melakukan pemeriksaan kenderaan seperti terma dan syarat ditetapkan.

Menurut APAD, dua syarikat e-hailing itu didapati melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) termasuk memastikan semua kenderaan di bawah platform mereka beroperasi dengan Permit Kenderaan E-hailing (EVP) yang sah iaitu satu daripada syarat utama dalam Lesen Pengendali Individu (IBL) mereka.

Pelanggaran itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 12D(1)(a) akta tersebut yang memberikan kuasa kepada APAD untuk membatalkan lesen mana-mana pengendali yang melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pokok Betik ‘Gergasi’ Di SMK Julau 2 Curi Tumpuan Ramai

BACA: JPJ Buka Tawaran NPI Siri ‘APA’ Bermula Ahad Ini