Ingat Jual Pemadam & Buku Je, 2 Mitos Tentang Koperasi Yang Patut Diperbetulkan
Zaman sekarang ni, kalau sembang bab cari duit, pening kepala dibuatnya.
Mana tidaknya, kos sara hidup makin mencacak, nak start bisnes seorang diri pun modal pula 'sedih', risikonya pula boleh bikin tidur tak lena.
Tapi korang tahu tak, ada satu lubuk bisnes yang orang selalu pandang sebelah mata je?
Bila sebut je perkataan “Koop” (Koperasi), mesti automatik otak korang terbayang kedai koperasi sekolah yang jual buku latihan, pembaris, lencana, dengan air kotak tu kan?
Ataupun korang rasa koperasi ni kelab untuk golongan veteran dan pesara bincang pasal elaun hari tua?
Sebenarnya ramai salah anggap tentang perkara ini. Koperasi zaman moden sekarang dah upgrade kaw-kaw.
Koop adalah satu model perniagaan impak sosial (social enterprise) yang super dinamik, celik digital, dan yang paling penting... sangat-sangat menguntungkan kalau anak muda yang terajui!
“Jangan asyik fikir nak meniaga sorang-sorang sampai kering poket. Model koperasi ni konsep dia bijak: kita kongsi modal, kita bahagi risiko, profit pun masyuk sama-sama!”
Jadi, Kenapa Belia Kena Pilih Koperasi & IKMa?

Kalau korang ada idea bisnes gempak tapi pening poket tak tebal, koperasi lah jawapan dia. Korang boleh pakat dengan member-member, tubuhkan koperasi belia, dan korang dah boleh start buat bisnes berskala besar!
Tapi, kat mana nak belajar cara betul nak urus perniagaan koperasi ni? Ha, korang kena kenal dengan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
IKMa ni bukan biasa-biasa tau. Mereka adalah Peneraju (Leader), Inovatif (Innovative), dan Memperkasa (Empowering) anak muda dalam dunia koperasi negara.
Ini 3 sebab kenapa korang kena lock IKMa sebagai mentor bisnes korang;

Pusat Kecemerlangan Tunggal
Untuk pengetahuan, IKMa merupakan satu-satunya institusi latihan rasmi negara yang mengkhusus dalam pendidikan, latihan, dan pembangunan modal insan koperasi di Malaysia.
Nak belajar daripada otai yang betul? Sini tempatnya.
Pengiktirafan & Impak Nyata
Selain itu, kursus dan program akreditasi yang ditawarkan oleh IKMa diiktiraf sepenuhnya. Mereka dah bantu ramai belia mengubah idea perniagaan biasa menjadi sebuah entiti koperasi yang berdaya saing tinggi.
Rangkaian & Sokongan Ekosistem Luas
Ini paling syok. Melalui IKMa, korang dapat platform terbaik untuk bina networking dengan pemain industri, agensi kerajaan (seperti KUSKOP), dan pelbagai sektor koperasi di seluruh negara.
Senang cerita, ‘kabel’ ilmu dan sokongan korang memang akan bertambah padu.
Ubah Persepsi Lama, Jom Daftar Kursus IKMa!

Kempen Kesedaran IKMa 2026 yang berlangsung selama 3 bulan ini dibawakan khas untuk korang yang berumur 18 hingga 35 tahun yang nak ubah taraf ekonomi secara berjemaah.
IKMa mahu bertindak sebagai agen pengubah minda yang membimbing korang dari kosong sampai pandai melalui latihan dan kursus profesional mereka
Koperasi adalah lubuk perniagaan moden dan platform terbaik untuk belia bergelar usahawan secara kolektif dengan sokongan penuh daripada IKMa. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan biarkan idea bisnes korang sekadar jadi angan-angan mat jenin.
Masa untuk bertindak!
Layari portal rasmi IKMa di sini https://www.ikma.edu.my, atau daftar kursus, sertai program motivasi/akademik, atau bawa member-member korang tubuhkan koperasi belia baharu hari ini. Kalau nak tanya apa-apa soalan berkaitan, boleh juga tanya dengan CikMa yang ada 24/7 untuk korang. Tekan je link ini dan mula tanya soalan
