Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ingatkan Benda Apa, Sekali Angkat Kepala Buat Netizen 'Tersembur'

Netizen 'Tersembur'
Gambar: Paktam_aircondjerantut
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ingatkan Benda Apa, Sekali Angkat Kepala Buat Netizen 'Tersembur'

Ramai yang pastinya merasai bahang cuaca panas yang melanda negara ketika ini terutamanya di Utara Semenanjung tanah air.

Walaupun fenomena biasa ini berlaku bersaban tahun, pastinya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berendam atau bermandi-manda sama ada di rumah, sungai mahupun kolam awam.

Aktiviti ini dapat mengawal suhu badan dan mengelakkan daripada terkena strok haba.

Bukan sahaja manusia, rata-rata haiwan juga terkesan dengan cuaca ini, yang memaksa mereka mencari punca air untuk menyejukkan badan.

Lah ingatkan apa, rupanya...

Itulah gelagat seekor tapir yang berendam dalam Sungai Tembeling, Pahang sewaktu cuaca panas melanda negara.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @paktam_aircondjerantut di TikTok memaparkan kelibat bayangan hitam yang bergerak di permukaan air pada awalnya.

Sewaktu kelibat bayang melintas di sebelah bot, seorang lelaki menyentuh bayangan di dalam air berkenaan menggunakan dayung.

netizen 'tersembur'
Gambar: Paktam_aircondjerantut

Menariknya, apa yang keluar dari permukaan air itu rupa-rupanya seekor tapir liar yang sedang berendam.

Kemain "chill" member selam dalam air

Perkongsian video berkenaan berjaya mencuit hati ramai pengguna media sosial TikTok termasuk dibanjiri komen.

Rata-rata pengguna terhibur melihat gelagat haiwan berkenaan. Malah ada yang tidak menyangka tapir berkenaan dapat berenang di dalam air.

Gambar: Paktam_aircondjerantut

Berikut antara komen netizen;

"tak tau pulak tapir tu pandai berenang," komen seorang pengguna.

"Terkejut dia tengah syok-syok berenang sekali kena cucuk," komen pengguna yang lain.

Terdapat juga pengguna TikTok yang menyamakan haiwan tersebut dengan tapai atau capybara.

"Semalam baru makan tapai sedap," seloroh salah seorang pengguna TikTok.

"Eh ingatkan atas darat ja kena kacau, dalam air pun kena kacau jugak... ishhhh kacau laaaa," seloroh seorang lagi.

"Ku sangkakan badak rupanya tapir, pndai plak dia menyelam," tulis seorang pengguna.