Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Di malaysia, kaki ayam bukanlah menu yang popular dan mungkin menjadi kegemaran segelintir masyarakat. Namun, seperti bahagian lain, kaki ayam juga boleh diolah menjadi berbagai menu yang lazat. Selain rasanya yang nikmat, kaki ayam ternyata mempunyai banyak khasiat kesihatan. Merujuk data artikel dari Healthline, kaki ayam kaya dengan kolagen,protein, kalsium, vitaminA, folat, dan fosfor. Berikut berbagai manfaat kaki ayam yang mungkin terlepas pandang.
1. Mengawal berat badan
Kolagen pada kaki ayam dapat membantu menjaga massa otot dan berat badan yang sihat. Kolagen adalah protein semula jadi yang bebas karbohidrat, membantu meningkatkan tenaga dan meningkatkan metabolisme. Selain itu, kolagen juga membantu menurunkan nafsu makan dan memberi rasa kenyang lebih lama.
2. Mengurangkan keradangan
Peradangan dalam badan boleh mencetus berbagai masalah kesihatan. Jadi, kandungan gelatin pada kaki ayam juga mengandungi anti peradangan yang baik. Acid amino antiperadangan pada kaki ayam juga membantu mengurangkan keparahan keadaan kulit yang meradang seperti jerawat, psoriasis atau eksima.
3. Meningkatkan peredaran darah
Peredaran darah merupakan fungsi penting dalam tubuh kerana diperlukan untuk oksigen dan nutrisi masuk ke seluruh bahagian badan. Tentunya, peredaran darah yang buruk akan memberi pengaruhi besar pada keadaan kesihatan kita. Arginine dalam kolagen membantu menghasilkan oksida nitrik dalam tubuh. Oksida nitrik adalah molekul kecil yang dapat bergerak di dalam dan di antara sel, dan salah satu fungsi utamanya adalah membuat sel otot licin menjadi rileks. Sel otot licin ini ditemukan di seluruh badan di saluran darah. Ketika saluran darah tenang, tekanan darah turun dan peredaran darah yang lebih baik terjadi. Ketika lebih banyak darah mencapai jaringan, mereka mendapat nutrisi yang lebih baik.
4. Mempercepat penyembuhan luka
Kolagen dalam kaki ayam juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, termasuk membantu mengurangkan peradangan dan kesakitan akibat luka. Di sisi lain, kolagen pada kaki ayam juga mengandungi prolin yang merupakan sebatian penting dalam penyembuhan luka. Dengan mengamalkan kaki ayam, kandungan prolin dalam tubuh akan meningkat yang mempercepat pemulihan luka dari cedera traumatik.
5. Mengurangkan anxiety
Kolagen dalam kaki ayam memiliki sifat anti-anxiety kerana kepekatan glisin yang tinggi. Glisin membantu mengatasi anxiety kerana merupakan perencat neurotransmitter yang menyokong sistem saraf pusat. Selain itu, glisin membantu mengatur sintesis metabolisme nutrisi, menyeimbangkan kadar elektrolit, dan membantu mengawal impuls saraf di seluruh tubuh. Semua faktor tersebut sangat menyumbang dalam meminimaliskan anxiety.
Sumber- Healthline, Kompas.com