Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Ini 6 Smartphone Selfie Paling Cantik 2025 – Muka Auto Glowing Tanpa Filter
Pada era di mana gambar swafoto atau selfie menjadi sebahagian daripada ekspresi diri dan gaya hidup, pemilihan telefon pintar yang mampu menghasilkan hasil gambar depan yang cantik bukan lagi sekadar pilihan.
Ianya kini sudah menjadi satu keperluan. Kamera selfie yang berkualiti tinggi mampu menonjolkan personaliti anda dengan lebih jelas dan meyakinkan.
Ini akan menjadikan setiap tangkapan wajah kelihatan lebih hidup dan bermakna. Sama ada digunakan untuk media sosial, merakam vlog harian atau sekadar menyimpan detik berharga sebagai kenangan, kamera hadapan yang hebat sememangnya sangat berguna.
Ia menjadi satu kelebihan penting yang tidak boleh dipandang ringan dalam pemilihan telefon pintar masa kini.
Tahun 2025 menyaksikan pelancaran pelbagai model telefon pintar dengan teknologi kamera hadapan yang semakin canggih. Ia dilengkapi dengan ciri seperti autofokus, kecerdasan buatan (AI), sudut pandang lebar serta pemprosesan imej yang bijak.
Berikut kami ingin kongsikan enam pilihan smartphone dengan kamera selfie paling cantik dan cun untuk tahun 2025 di Malaysia yang wajar anda pertimbangkan:
Google Pixel 9 Pro terkenal dengan keupayaan pemprosesan imej yang sangat cemerlang khususnya dalam menghasilkan gambar selfie yang semula jadi dan kaya dengan perincian.
Dilengkapi kamera hadapan 42MP dengan autofokus dan sudut pandang luas sekitar 103°, ia mampu menangkap lebih ramai subjek dalam satu bingkai tanpa memerlukan ‘selfie stick’.
Penggunaan teknologi AI dari Google juga memastikan ton kulit kelihatan seimbang, tidak terlalu cerah atau terlalu pudar. Pilihan terbaik buat mereka yang gemar selfie tanpa banyak suntingan.
2. Samsung Galaxy S25 Ultra
Samsung meneruskan legasi cemerlang mereka dengan Galaxy S25 Ultra yang dilengkapi kamera depan 12MP, tetapi dengan teknologi Dual Pixel PDAF, HDR10+ dan mod rakaman 4K.
Walaupun resolusi nampak rendah di atas kertas, hasilnya terbukti menakjubkan. Fungsi Best Face dan Object-Aware Engine membolehkan wajah anda sentiasa kelihatan cantik, tajam dan natural dalam pelbagai keadaan cahaya.
Ciri ini menjadikan telefon ini antara kegemaran influencer dan pencipta kandungan di media sosial. Ia juga sesuai untuk panggilan video berkualiti tinggi dan menjadikan komunikasi lebih jelas dan profesional.
Honor Magic6 Pro membawa kamera depan 50MP yang disokong dengan autofokus pintar, bukaan besar f/2.0 dan sokongan rakaman video 4K.
Ia bukan sahaja sesuai untuk selfie harian malah menjadi peranti ideal bagi mereka yang suka merakam vlog secara spontan.
Kualiti gambar yang tajam, latar belakang kabur secara semula jadi serta keupayaan menangkap wajah secara tepat menjadikannya pesaing utama dalam kategori kamera hadapan tahun ini.
4. Huawei Nova 13 Pro
Huawei membawa kelainan menerusi Nova 13 Pro dengan sistem dual kamera selfie iaitu 60MP utama dan lensa tambahan untuk kesan potret.
Dengan bantuan XD Portrait Engine, gambar selfie kelihatan sangat hidup dan terperinci. Ia juga berupaya menghasilkan efek kabur (bokeh) profesional yang setanding dengan kamera DSLR.
Tambahan pula harga peranti ini lebih mesra bajet berbanding flagship yang lain. Ini menjadikannya antara pilihan yang terbaik dalam kategori pertengahan premium untuk pengguna di Malaysia.
5. Xiaomi 15 Ultra
Walaupun Xiaomi 15 Ultra lebih dikenali dengan kamera belakangnya yang berkuasa, kamera depannya juga tidak kurang hebat dengan sensor 32MP berkualiti tinggi.
Ia sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi kamera menyeluruh bukan sekadar selfie. Dengan sokongan AI dan rakaman video definisi tinggi, telefon ini mampu menjadi peranti harian yang mantap untuk pelbagai kegunaan.
Selain itu, peranti ini juga sesuai sama ada untuk rakaman profesional mahupun selfie santai.
iPhone 16 Pro dan Pro Max hadir dengan kamera depan 12MP TrueDepth yang dilengkapi autofokus dan rakaman 4K Dolby Vision.
Ia menghasilkan gambar dan video yang jelas, stabil serta semula jadi dengan ton kulit seimbang dan pencahayaan yang tepat.
Sesuai untuk selfie, FaceTime dan content creation ia kekal sebagai pilihan utama bagi mereka yang mahukan hasil visual yang konsisten dan berkualiti tinggi.
Kesimpulannya, telefon pintar atau smartphone seperti Google Pixel 9 Pro, Samsung Galaxy S25 Ultra, Honor Magic6 Pro, Huawei Nova 13 Pro Xiaomi 15 Ultra dan iPhone 16 pro/pro max masing-masing menawarkan kelebihan tersendiri dalam penghasilan gambar selfie yang cantik.
Pilihlah mengikut keperluan dan bajet anda kerana selfie kini menjadi medium penting untuk ekspresi diri.
BACA : Tip Pilih Kasut, Elak Sakit Kaki & Rasa Menyesal
BACA : 7 Cara Bijak Guna ‘Smartphone’ Untuk Jana Duit Poket
Sumber :
techradar,
shoptrack