Ini "trick" Cepat Usir Semut Hurung Gula
Pasti kita biasa dengar peribahasa ni kan, “ada gula ada semut” atau “bagai gula dihurungi semut”. Seperti mana peribahasa ini dicipta, begitulah juga realitinya.
Semut sememangnya gemar akan sesuatu yang manis seperti gula yang sememangnya dijadikan ramuan untuk sesuatu makanan yang manis.
Tetapi, saat bekas gula di rumah kita tiba-tiba dihurungi oleh semut. Situasi ini pastinya akan membuatkan kita rasa geram kan?
Terutamanya apabila lebih daripada seekor semut yang berada di dalam bekas gula tersebut. Masalah ini tidak asing bagi kebanyakan rumah.
Jadi, SK akan kongsikan satu cara mudah halau semut dalam gula dengan menggunakan bahan ringkas di dapur anda di bawah.
Tip Usir Semut Daripada Kerumuni Gula
Menurut perkongsian Halina Agnes Jalut, cara menghilangkan semut dalam gula sebenarnya cukup mudah dengan menggunakan bawang putih sahaja.
Macam mana lakukan?

1. Ambil bekas gula yang telah dikerumuni oleh semut.
2. Letakkan dua ulas bawang putih yang telah dikupas di atas gula.

3. Kemudian, biarkan ia selama 10 minit, anda dapat melihat semut di dalam bekas gula itu 'berlari' dengan pantas. Siap!
https://www.facebook.com/reel/1364014995196145