Seorang doktor perubatan disahkan meninggal dunia selepas lebih tujuh jam bertarung nyawa akibat terbabit dalam nahas di KM 13.6, Taiping, hari ini.
Abdul Mukmin Abdul Manan, 29, yang bertugas di Hospital Taiping telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.22 malam semasa sedang menerima rawatan akibat kecederaan parah yang dialaminya di kepala.
Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat dalam pada itu menyatakan bahawa, mangsa yang difahamkan menunggang motosikal jenis Honda Wave telah melanggar belakang kereta seorang lelaki yang berusia 77 tahun.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 12.41 tengahari. kedua-dua mangsa dilaporkan sedang dalam perjalanan dari arah Taiping menghala ke Simpang.
“Kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kereta yang ingin membelok ke simpang kiri menuju ke Jalan LTS Utama 2.
“Mangsa yang menunggang motosikal telah terlanggar bahagian kiri kereta tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Di walau bagaimanapun bertindak menafikan bahawa kejadian itu merupakan langgar lari seperti yang didakwa netizen di media sosial.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: Sinar Harian