Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Inside Scoop Kembali Dengan Lokal Legends 2026, Himpunkan 9 Perisa Aiskrim Ikonik Bersama Jenama Tempatan

Setiap rakyat Malaysia pasti mempunyai jenama yang cukup dekat di hati, sama ada snek kegemaran zaman sekolah, minuman pilihan ketika sarapan atau hidangan yang sering dinikmati bersama keluarga.

Bersempena sambutan bulan kebangsaan, Inside Scoop kembali dengan kempen tahunan Lokal Legends 2026, yang meraikan jenama tempatan serta cita rasa yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

Untuk edisi tahun ini, Inside Scoop bekerjasama dengan sembilan jenama tempatan untuk menghasilkan sembilan perisa aiskrim edisi terhad yang diinspirasikan daripada produk ikonik dan cita rasa kegemaran ramai.

9 Jenama, 9 Perisa Aiskrim

Antara kolaborasi yang diperkenalkan ialah:

Beryl’s Tiramisu Almond Chocolate
Aiskrim coklat gelap tiramisu Beryl’s bersama lapisan coklat fudgy dan badam panggang madu yang rangup.

BOH Teh Tarik
Aiskrim teh tarik menggunakan teh BOH dan susu pekat manis, lengkap dengan mochi gula perang yang kenyal.

Farm Fresh Pistachio Yoghurt Crunch
Aiskrim yogurt yang menyegarkan bersama campuran kunafa pistachio rangup.

Gardenia Choc-A-Lot Twiggies
Aiskrim susu coklat dengan potongan Gardenia Twiggies Choc-A-Lot.

Mister Potato Choc Potato Chips N’ Cream
Aiskrim vanila berkrim dengan karamel masin dan kepingan Mister Potato bersalut coklat.

Oriental Kopi Kaya Butter Toast
Gabungan aiskrim kaya pandan dan mentega perang dengan cebisan roti bakar.

Secret Recipe Chocolate Indulgence®
Aiskrim coklat dan kastard berkrim bersama sos coklat hazelnut serta potongan kek Chocolate Indulgence®.

Thumbs Peanut Butter Jelly
Aiskrim mentega kacang dengan jem beri biru dan lapisan mentega kacang.

ZUS Coffee Ube Latté
Aiskrim ube lembut bersama mochi kenyal, diinspirasikan daripada minuman Ube yang popular.

Kesemua sembilan perisa ini akan ditawarkan untuk tempoh terhad, membawa kembali rasa yang sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia, daripada sarapan dan minum petang hingga ke detik istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lokal Legends Kembali Dengan Konsep Pasar Raya

Diperkenalkan pada 2024, Lokal Legends kini menjadi antara kempen tahunan Inside Scoop yang dinanti-nantikan.

Untuk edisi 2026, Inside Scoop mengambil inspirasi daripada pasar raya, lokasi yang sering menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia dan menghimpunkan pelbagai jenama yang dekat dengan kehidupan kita.

Sempena pelancaran kempen, cawangan Inside Scoop di Galeria SA Sentral turut diubah menjadi sebuah pasar raya mini bertemakan Lokal Legends.

Tetamu berpeluang meneroka sembilan kolaborasi, mengetahui kisah di sebalik setiap jenama serta mencuba perisa yang diperkenalkan.

Nak Cuba Semua 9 Perisa?

Inside Scoop turut memperkenalkan 9-Scoop Party Pack, yang menghimpunkan kesemua sembilan perisa dalam satu kotak.

Setiap pembelian turut disertakan dengan Ice Cream Passport Edisi Khas Lokal Legends dan koleksi pelekat eksklusif untuk disimpan sebagai kenangan.

Menurut Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan, Lokal Legends diwujudkan bagi meraikan jenama yang telah menjadi sebahagian daripada identiti dan kehidupan rakyat Malaysia.

Kempen ini bukan sahaja menggabungkan cita rasa popular dalam bentuk aiskrim, tetapi turut menghidupkan kembali kenangan yang dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menariknya, beberapa jenama turut berkongsi keterujaan terhadap kolaborasi masing-masing, termasuk Oriental Kopi, Secret Recipe dan ZUS Coffee.

Bagi Secret Recipe, proses menghasilkan versi aiskrim Chocolate Indulgence® melibatkan 13 percubaan bagi mendapatkan hasil yang menepati cita rasa yang diinginkan.

Sementara itu, ZUS Coffee pula membawa populariti perisa Ube mereka ke dalam bentuk aiskrim selepas menerima sambutan menggalakkan terhadap rangkaian Ube sebelum ini.

Lokal Legends 2026 Kini Di Semua Cawangan Terpilih

Kalau anda sudah tertanya-tanya nak cuba yang mana dulu, kesemua sembilan perisa Lokal Legends 2026 akan mula ditawarkan di cawangan Inside Scoop yang mengambil bahagian di seluruh negara bermula 10 Ogos 2026.

Jadi, sama ada anda team Teh Tarik, Kaya Butter Toast, Chocolate Indulgence atau Ube, nampaknya bulan Merdeka tahun ini bakal jadi lebih manis.

Kesemua perisa adalah edisi terhad dan tertakluk kepada ketersediaan.