Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Ipar Adalah Maut Kisah Benar
Kredit: Michelle Ziudith via Instagram

“Ipar Adalah Maut”: Adaptasi Kisah Benar Cinta Terlarang Suami & Adik Kandung, Khianat Isteri

Hannah

“Ipar Adalah Maut”: Adaptasi Kisah Benar Cinta Terlarang Suami & Adik Kandung, Khianat Isteri

Tidak dapat dinafikan bahawa industri filem Indonesia kini semakin menonjol dalam dunia seni dengan karya-karya yang tidak kalah hebatnya.

Baru-baru ini, filem “Vina: Sebelum 7 Hari” arahan Anggy Umbara mencatat kejayaan besar di Indonesia kerana mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.

Kredit: GSC

Tidak hanya itu, masyarakat negara kita sendiri turut berpusu-pusu ke pawagam untuk menyaksikan filem yang diilhamkan daripada kisah benar itu, mengenai seorang wanita bernama Vina Cirebon yang dibunuh dengan tragis beberapa tahun lalu.

Terbaharu, filem Indonesia yang bertajuk “Ipar Adalah Maut”, yang mula ditayangkan secara rasmi pada 13 Jun di Indonesia, telah mencuri perhatian ramai.

Kredit: GSC

Filem ini sangat popular dalam kalangan warga maya dan mendapat perhatian yang luar biasa melalui platform TikTok.

Tentang Filem “Ipar Adalah Maut”

“Ipar Adalah Maut” merupakan sebuah filem yang diangkat daripada kisah benar, bermula daripada cerita viral yang dikongsikan oleh warga Indonesia, Eliza Sifaa melalui akaun TikTok miliknya pada tahun 2023. Menurut Eliza, kisah ini adalah cerita dari salah seorang pengikutnya di platform tersebut.

Filem berdurasi 131 minit atau 2 jam 11 minit ini diarahkan oleh Hanung Bramantyo di bawah naungan MD Pictures dan berjaya memukau penonton, terbukti apabila filem ini mencapai 1 juta penonton dalam tempoh lima hari tayangan.

Mengisahkan ketabahan seorang isteri yang juga ibu dalam menghadapi pahitnya hidup, filem ini menunjukkan bagaimana luka yang paling mendalam sering kali datang daripada ‘orang terdekat’, memberikan ujian berat yang sukar dihadapi oleh sesiapa pun.

Sinopsis Filem “Ipar Adalah Maut”

Filem ini mengisahkan tentang seorang mahasiswi bernama Nisa, watak yang dimainkan oleh Michelle Ziudith, yang dilamar oleh seorang pensyarah muda bernama Aris (Deva Mahenra).

Perkahwinan mereka kelihatan seperti kisah dongeng yang sempurna, terutama selepas kelahiran anak pertama mereka, Raya (Alesha Fadillah Kurniawan).

Namun, kebahagiaan mereka mula terancam apabila adik Nisa, Rani (Davina Karamoy), yang masih seorang pelajar, berpindah masuk ke rumah mereka.

Kisah bermula dengan watak ibu kepada Nisa (Dewi Irawan) yang menitipkan anak perempuannya yang kedua, Rani untuk tinggal bersama keluarga anak perempuan sulungnya, Nisa.

Pada mulanya, Rani berusaha menjaga sikap dan perilakunya di hadapan abang iparnya, Aris, selama dia tinggal bersama keluarga kakaknya itu.

Namun, keadaan berubah apabila Nisa mula curiga dengan Aris yang semakin berubah sikap dan perilaku.

Pada mulanya, Nisa cuba untuk kekal tenang dan berusaha menolak firasat buruk terhadap suaminya sebelum menemukan bukti yang kukuh.

Akhirnya, rasa sakit yang dialaminya semakin berlipat kali ganda apabila dia mengetahui bahawa selingkuhan suaminya tidak lain ialah adik kandungnya sendiri.

Di belakang Nisa, Aris menjalinkan hubungan sulit dengan adik isterinya yang lebih muda, menjadikan kebahagiaan yang mereka bina di ambang kehancuran.

Berikut adalah official teaser “Ipar Adalah Maut” yang dikongsikan menerusi laman Instagram rasmi MD Pictures.

Difahamkan, filem ini telah mula ditayangkan di pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

BACA: Ramai Yang Tak Tahu, Ini Kisah Tragis Di Sebalik Filem Vina: Sebelum Tujuh Hari

BACA: The Asunta Case: Kisah Benar Kanak-kanak Dibunuh Ibu Bapa Angkat

BACA: Kisah Seorang Guru Jadi Mangsa Love Scam, Adaptasi Sebuah Kisah Benar

Sumber: GSC, Kompasiana