Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Iran Tidak Akan Tunduk” Tegas Pezeshkian Di PBB

Iran tidak akan tunduk
Kredit: AFP

Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan negaranya tidak akan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat (AS), sambil menuduh Washington melakukan tindakan keganasan terhadap rakyat Iran dalam ucapan tegasnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Rabu, lapor AFP.

“Iran tidak akan tunduk”

Dalam ucapan yang jarang disampaikan ketika perang sedang berlangsung, Pezeshkian turut menegaskan Iran bersedia mengadakan dialog dan rundingan diplomatik, namun tidak akan menerima sebarang bentuk tekanan atau ugutan menggunakan kekerasan.

“Kita hanya mempertahankan diri. Kita bukan pengganas,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB.

Menurut Pezeshkian, rakyat Iran menjadi mangsa serangan yang didakwanya dilakukan secara pengecut terhadap negara itu, sambil menegaskan Iran mempertahankan diri dengan kekuatan sepenuhnya.

Beliau turut memegang gambar bekas Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, serta lebih 150 kanak-kanak sekolah Iran yang terbunuh pada hari-hari pertama perang.

“Amerika dan Israel menyerang kami,” katanya.

Menjelang akhir ucapannya, Pezeshkian secara langsung menyebut nama Presiden AS Donald Trump dan menyeru supaya Washington memilih jalan diplomasi.

“Encik Trump dan mereka yang mahu membuli kami perlu memahami bahawa kami bersedia untuk berdialog, berdiplomasi dan berunding, tetapi tanpa menerima bahasa kekerasan,” katanya.

Beliau turut menegaskan ketahanan rakyat Iran akan terus meningkat berdepan sekatan, tekanan dan ancaman.

“Kami tidak akan sekali-kali menundukkan kepala atau bertekuk lutut,” katanya.

Bagaimanapun, Pezeshkian turut membuat dakwaan bahawa Iran tidak menyerang penduduk awam, sedangkan beberapa orang awam, termasuk pelaut dan pekerja migran di rantau itu, dilaporkan terbunuh dalam serangan Iran sejak perang bermula.

Pezeshkian yang dianggap sebagai pemimpin berhaluan sederhana dalam landskap politik Iran tiba di New York dalam keadaan kawalan keselamatan ketat dan menjadi tumpuan antarabangsa.

Ucapan beliau disampaikan sehari selepas Trump menggunakan pentas sama untuk memberi amaran bahawa AS mungkin “memusnahkan” Republik Islam Iran sekiranya persetujuan tidak dicapai bagi menamatkan perang yang telah berlarutan hampir tujuh bulan.

Beberapa jam kemudian, Trump mengesahkan utusan utamanya, Steve Witkoff dan Jared Kushner, mengadakan pertemuan kira-kira tiga jam dengan pegawai Iran di luar persidangan Perhimpunan Agung PBB.

Trump menyifatkan pertemuan itu sebagai “sangat baik”, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungan perbincangan tersebut.

Beliau kemudian berkata pegawai Iran yang hadir bukan daripada peringkat tertinggi, namun menyifatkan pertemuan itu sebagai satu perkembangan.

Pada Selasa, Setiausaha Negara AS Marco Rubio turut berkata Trump terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Pezeshkian ketika presiden Iran itu berada di New York.

Bagaimanapun, Tehran memperkecilkan pertemuan tidak dirancang itu yang merupakan rundingan tidak langsung pertama antara pegawai AS dan Iran sejak gencatan senjata pada Jun gagal dipertahankan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, berkata pendirian Tehran dalam rundingan dengan Washington kekal sama, termasuk tuntutan supaya AS menamatkan sekatan terhadap prinsip paling asas undang-undang antarabangsa,” katanya.