Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Punca Aircond Cepat Rosak
Kredit: TikTok Altimat Saujana Utama

Jangan ‘Pandang Remeh’, Ini 4 Punca Aircond Kereta Cepat Rosak

Siti Nur Ain Natasya

Jangan ‘Pandang Remeh’, Ini 4 Punca Aircond Kereta Cepat Rosak

Kereta merupakan satu komitmen yang perlu dijaga dengan baik kerana untuk memilikinya bukan satu perkara yang mudah.

Banyak aspek yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kereta, termasuk dalaman dan luarannya.

Tidak dapat dinafikan, aircond kereta adalah salah satu ciri penting yang mesti dijaga rapi.

Bila aircond kereta rosak, secara tak langsung pemandu dan penumpang akan rasa kurang selesa di dalam kereta.

Lebih-lebih lagi bila kereta diletakkan di kawasan yang tidak berbumbung dan terkena cahaya matahari secara langsung.

Jadi, untuk elakkan masalah ini, SK akan kongsikan empat punca aircond kereta cepat rosak, seperti yang dijelaskan oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.

1. Buka tingkap semasa aircond dihidupkan

Ramai yang tidak sedar bahawa membiarkan tingkap terbuka semasa aircond sedang berjalan boleh memberi kesan buruk kepada compressor.

Apabila tingkap dibuka, compressor terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruang kereta yang terdedah kepada udara luar.

Jika kerap dilakukan, compressor boleh cepat rosak dan perlu diganti.

2. Merokok atau vape dalam kereta

Asap rokok atau wap vape yang berkumpul dalam kereta bukan sahaja menjejaskan kebersihan udara, tetapi juga boleh menyebabkan penapis aircond tersumbat.

Habuk dan sisa dari asap ini akan terkumpul di penapis, boleh mengurangkan ‘sejuk’ di dalam kereta dan memaksa sistem aircond bekerja lebih keras.

Akhirnya, mungkin anda perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk mengganti penapis yang rosak.

3. Biarkan suis aircond terbuka setelah matikan enjin

Ramai yang mengambil remeh hal ini.

Lupa atau kecuaian untuk menutup suis aircond selepas mematikan enjin kereta juga boleh menyebabkan kerosakan pada sistem aircond.

Apabila aircond terus dibiarkan hidup semasa enjin dimatikan, ia memberi tekanan tambahan kepada sistem aircond apabila enjin dihidupkan semula.

Kebiasaan ini boleh menyebabkan compressor dan komponen lain cepat haus.

4. Menggunakan pewangi kenderaan yang tidak sesuai

Pewangi kereta memang penting untuk memastikan ruang dalaman berbau segar, tetapi pewangi yang mengandungi bahan kimia tertentu boleh merosakkan cooling coil.

Ramai yang tidak tahu bahawa gas dari pewangi ini boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada sistem aircond.

Sebagai alternatif yang lebih baik, anda boleh menggunakan daun pandan untuk mengharumkan kereta tanpa risiko merosakkan komponen aircond.

Dengan mengelakkan punca-punca ini, anda boleh memanjangkan jangka hayat aircond kereta dan mengurangkan kos tambahan perbaiki kerosakan kereta.

Semoga bermanfaat.

BACA:Tip: Ini 6 Punca Kereta Cepat Rosak

BACA: Tip: Ini 5 Benda Yang Tidak Patut Anda Tinggalkan Dalam Kereta

BACA: Kereta Tak Hidup? Mekanik Dedah Ini Beza Antara Masalah Bateri Dengan “Starter”

Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok