Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali lagi dengan TV Commercial (TVC) khas yang bertajuk Janji.
Janji berkisar tentang seorang kakak yang berusaha untuk menunaikan impian adiknya dalam menjejaki serta meraikan makna perjuangan untuk sebuah kemerdekaan.
Lebih istimewa, penggambaran TVC itu bermula di Melaka yang pernah menjadi saksi peristiwa pengisytiharan kemerdekaan negara.
Penggambaran turut dilakukan di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
TVC itu menampilkan Amalina Arham sebagai kakak dan Rafique Iskandar sebagai adik.
Selain itu, empat orang pempengaruh turut membuat penampilan istimewa iaitu Md Nor, Sir Fathi, Vain Liew dan Kai Deva serta penyampai berita RTM, Daryl Baptist.
“Merdeka bukan sekadar cerita sejarah, tetapi adalah janji yang diwarisi,” kata RTM.
Tonton kisah penuh Janji di bawah ini.
