Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Alat kawalan jauh atau remote sering dianggap sebagai satu benda yang penting.
Walaupun bentuknya kecil, ringan dan kelihatan ringkas, peranti ini sebenarnya memainkan peranan dalam memudahkan interaksi manusia dengan pelbagai peralatan elektronik di rumah mahupun di tempat kerja.
Bukan itu sahaja, hanya dengan beberapa sentuhan butang, pengguna boleh menukar saluran televisyen, melaras suhu penghawa dingin, mengawal sistem audio dan pelbagai lagi tanpa perlu bangun dari tempat duduk.
Tapi, pernah tak anda perasan, dalam setiap remote yang ada di sekeliling anda, pasti ada banyak butang-butang ataupun simbol yang kadang-kadang jarang disentuh atau digunakan.
Perkara ini juga mungkin menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan kita. Justeru, hari ini SK kongsikan antara sebab mengapa remote masih dipenuhi banyak butang, termasuk yang jarang digunakan
Pertama, keadaan ini berkait dengan pemasaran. Sama ada ketika membeli televisyen atau peranti elektronik lain, pengguna biasanya lebih cenderung memilih gajet yang dipenuhi pelbagai fungsi kerana ia memberi gambaran lebih mewah.
Sebaliknya, alat kawalan jauh yang ketiadaan butang-butang khasnya sering dianggap murah atau kurang berkualiti.
Oleh itu, pengeluar menggunakan konsep pilihan tambahan seperti Aspect Ratio atau butang pelbagai warna yang agak misteri. Tujuannya adalah untuk meyakinkan pengguna bahawa mereka mendapat nilai yang lebih tinggi.
Hasilnya, ramai pengguna mudah terpengaruh dengan persepsi ini.
Bukan itu sahaja, butang pintas penstriman seperti Netflix, Hulu atau Disney+ juga berfungsi sebagai ruang promosi tetap pada alat kawalan jauh

Untuk memastikan kehadiran kekal pada alat kawalan jauh, platform penstriman ini membayar yuran tambahan bagi mendapatkan ruang pada remote televisyen anda.
Seperti kebanyakan perkara dalam teknologi moden, semua bergantung kepada kos.
Untuk menghasilkan alat kawalan dengan butang yang lebih sedikit, syarikat perlu mencipta acuan baharu bagi sarung plastik, menghasilkan papan litar yang berbeza, serta menjalankan ujian tambahan bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Sebenarnya, remote moden hanya memerlukan sedikit butang sahaja, kerana banyak fungsi kini boleh diakses melalui kawalan suara atau aplikasi telefon pintar.
Namun begitu, remote universal standard seperti model klasik GE masih dilengkapi dengan lebih 50 butang.

Imbas kembali, ketika Logitech Harmony masih boleh didapati di pasaran, seseorang mungkin masuk ke kedai hanya untuk membeli skrin yang sedikit lebih besar, tetapi keluar dengan alat kawalan yang lengkap dengan papan nombor, butang DVR, serta kawalan untuk sistem teater rumah yang sebenarnya tidak dimiliki pun.
Hakikatnya, lebih mudah bagi pengeluar untuk terus menghasilkan peranti seperti ini daripada mereka bentuk sesuatu yang benar-benar lebih intuitif dan ringkas.
Namun begitu, terdapat satu lagi sebab yang lebih jelas mengapa pertambahan fungsi ini sebenarnya agak bertentangan dengan logik.
Kita biasanya menggunakan alat kawalan jauh dalam keadaan gelap, bergantung kepada sentuhan dan bukan penglihatan.
Itulah sebabnya kita memerlukan butang sebenar dan bukan sekadar permukaan plastik kosong yang memaksa kita berhenti menonton TV hanya untuk mencari butang yang betul.

Malah, antara butang yang paling banyak digunakan ialah butang kelantangan ataupun ulang semula yang mungkin dikatakan tersembunyi walaupun berada di depan mata.
Namun begitu, remote moden yang kecil itu pula mempunyai kecenderungan untuk hilang di celah kusyen sofa, jadi mungkin kita masih akan kekal menggunakan jenis lama yang penuh dengan butang yang nampak berlebihan, sekadar untuk memudahkan penggunaan harian.