Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jaya Grocer Jalin Kerjasama Dengan Tourism Malaysia Bagi Kempen Visit Malaysia 2026

JAYA

Jaya Grocer Jalin Kerjasama Dengan Tourism Malaysia Bagi Kempen Visit Malaysia 2026

Jaya Grocer telah menjalinkan kolaborasi strategik dengan Tourism Malaysia bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026 melalui pengenalan Malaysian Delights, iaitu sebuah inisiatif pameran dalam kedai yang direka khas bagi mengetengahkan kepelbagaian warisan kulinari Malaysia serta produk jenama tempatan. 

Dilancarkan di KLIA2, Malaysian Delights berfungsi sebagai sebuah platform sambutan mesra kepada pelancong yang tiba di Malaysia, serta sebagai peluang kepada pelancong yang berlepas untuk membawa pulang cita rasa Malaysia. Inisiatif ini dijangka memberi impak kepada jutaan pelancong setiap tahun, sekali gus menjadi titik sentuhan budaya yang signifikan melalui pengalaman makanan Malaysia yang autentik. 

“Makanan merupakan antara ekspresi utama dalam kebudayaan Malaysia,” kata Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer. “Melalui Malaysian Delights, kami berhasrat untuk memudahkan pelanggan serta pelancong mendapatkan akses kepada kepelbagaian citarasa Malaysia dalam satu lokasi, di samping menyokong dan memperkenalkan jenama-jenama tempatan. 

Malaysia telah mencatatkan seramai 17.5 juta kemasukan pelancong setakat Mei 2026, yang mencerminkan pertumbuhan pesat dibawah pelaksanaan kempen Visit Malaysia 2026 serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di rantau ini. 

Malaysian Delights direka sebagai satu alternatif runcit yang berteraskan budaya dengan pelbagai snek tempatan, makanan sedia dimakan serta produk daripada lebih 10 jenama tempatan, melibatkan lebih 120 unit produk (SKU) yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia dalam bentuk makanan di samping menyokong perniagaan tempatan. Selain KLIA2, Malaysian Delights turut diperkenalkan di cawangan terpilih Jaya Grocer termasuk Sunway Pyramid dan LaLaPort, dengan perancangan untuk diperluaskan ke tiga (3) cawangan di seluruh Negara.

Sebahagian daripada inisiatif ini, Malaysian Delights turut menampilkan Grab Signatures iaitu kolaborasi antara Grab dan peniaga makanan serta minuman yang mentransformasikan hidangan popular Malaysia kepada produk runcit sedia untuk pasaran. Setakat ini, sebanyak 27 produk telah dibangunkan bersama Jenama tempatan seperti Sambal Nasi Lemak Village Park, Aiskrim Inside Scoop, Pizza MyPizzaLab, Kentang Goreng KGB, Pes Tom Yum Soi 55, Perapan Ayam Serai, dan lain-lain. Langkah ini sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia serta pelancong menikmati citarasa tempatan dengan akses yang lebih mudah. 

Dalam pemerkasaan pengalaman dalam kedai, pelanggan turut ditawarkan promosi Purchase with Purchase (PWP), di mana dengan perbelanjaan minimum RM100 di Jaya Grocer, pelanggan berpeluang membeli beg tote “Jalan-Jalan Malaysia” pada harga istimewa RM14.99 (harga asal RM29.90). Promosi ini ditawarkan di semua cawangan Jaya Grocer di seluruh Negara.

Selaras dengan usaha berterusan dalam meningkatkan pengalaman runcit, Jaya Grocer terus mengintegrasikan kemudahan digital dengan pengalaman fizikal melalui ekosistem Grab. Selain kemudahan pembelian melalui GrabMart serta ganjaran eksklusif ahli, inisiatif ini turut memperkukuh pengalaman pelanggan dalam meneroka Malaysian Delights, sekali gus mewujudkan pengalaman runcit yang lebih menyeluruh dan bersepadu antara platform dalam talian dan luar talian. 

Usaha berterusan Jaya Grocer dalam memperkukuh pendekatan bersepadu terhadap inovasi runcit serta penawaran produk telah diiktiraf di Retail Asia Awards 2026, apabila meraih tiga anugerah utama iaitu Supermarket of the Year – Malaysia, Private Label Brand of the Year – Malaysia, dan Retail Distribution Network of the Year – Malaysia. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap pengembangan perniagaan, inovasi jenama sendiri melalui Grab Signatures, serta pelaburan dalam membangunkan rangkaian pengedaran yang lebih efisien di seluruh negara. Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Jaya Grocer sebagai peruncit terkemuka di Malaysia.