Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Subang Jaya, 8 Julai 2026 - PRO-NET terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap mobiliti elektrik Malaysia apabila jenama Proton e.MAS merekodkan 17,604 pendaftaran setakat ini (YTD) bagi portfolio kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) sehingga Jun 2026. Dengan 3,026 pendaftaran dicapai pada bulan Jun sahaja, Proton e.MAS terus mengekalkan momentum positif, sekali gusmencerminkan penerimaan pengguna yang semakin meningkat terhadap penyelesaian mobiliti berkuasaelektrik.
Memacu momentum pertumbuhan Proton e.MAS adalah Proton e.MAS 7 PHEV, model PHEV No.1 Malaysia, dengan 1,138 pendaftaran direkodkan pada Jun, membawa jumlah pendaftaran (YTD) kepada 4,074 unit. Sejakpelancarannya pada Februari 2026, Proton e.MAS 7 PHEV telah mencatatkan lebih 11,000 tempahan, membuktikan keyakinan pengguna terhadap penyelesaian mobiliti dwikuasa yang menawarkan kecekapan, fleksibiliti dan praktikaliti untuk kegunaan harian.
Proton e.MAS 5 turut mengekalkan prestasi kukuhnya dengan merekodkan 1,309 pendaftaran pada bulan Jun, sekali gus menyumbang kepada peningkatan penerimaan terhadap jenama Proton e.MAS dalam kalanganpengguna Malaysia.
"Proton e.MAS 7 PHEV telah melepasi jangkaan kami dan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakinbersedia menerima penyelesaian mobiliti berkuasa elektrik yang praktikal serta memenuhi keperluan gaya hidupseharian. Pencapaian lebih 11,000 tempahan dalam beberapa bulan selepas pelancarannya, di samping lebih4,000 pendaftaran setakat ini (YTD), membuktikan peningkatan keyakinan terhadap jenama Proton e.MAS. Pada masa yang sama, ia mencerminkan komitmen kami untuk terus menyediakan penyelesaian mobilitiinovatif yang menyokong setiap fasa perjalanan elektrifikasi,” kata Encik Zhang Qiang, Ketua PegawaiEksekutif PRO-NET.”
Proton e.MAS 7 PHEV Prime Membawa Lebih Nilai sebagai Model PHEV No.1 Malaysia
Proton e.MAS 7 PHEV Prime memberikan lebih daripada apa yang ditawarkan dalam segmennya, denganmenggabungkan kecekapan, praktikaliti dan ruang kabin yang luas dalam satu pakej yang lengkap.
Bermula pada harga hanya RM105,800, Proton e.MAS 7 PHEV Prime menawarkan kecekapan bahan api yang setanding dengan kenderaan segmen A dari segi kos operasi, di samping hadir pada titik harga kompetitifsegmen B. Ini menjadikan mobiliti berkuasa elektrik lebih mudah diakses tanpa menjejaskan keupayaan dan prestasi. Dari segi praktikaliti, Proton e.MAS 7 PHEV Prime hadir sebagai kenderaan segmen C yang menawarkan ruang dalaman setanding segmen D, memberikan tahap keselesaan lebih tinggi kepada pemandudan penumpang, khususnya bagi kegunaan keluarga serta perjalanan jarak jauh.
Proton e.MAS 7 merekodkan 579 pendaftaran pada Jun 2026, sekali gus menjadikan jumlah pendaftaran tahunini (YTD) kepada 2,864 unit. Sejak pelancarannya pada Disember 2025, lebih 11,542 unit Proton e.MAS 7 kiniberada di jalan raya Malaysia, mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap SUV elektrik premium jenama ini.
Proton e.MAS 7 Premium Plus telah dilancarkan baru-baru ini di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026) sebagai varian terbaharu dalam barisan Proton e.MAS 7. Model ini meningkatkan tahapkeselesaan dan kemewahan dengan ciri-ciri seperti kerusi urutan hadapan berkembar, kerusi penumpanghadapan berkuasa dengan fungsi memori, serta tempat rehat kaki penumpang bersepadu, menawarkanpengalaman perjalanan jarak jauh yang lebih premium.
Walaupun hadir dengan spesifikasi yang dipertingkatkan serta kapasiti bateri yang lebih besar, Proton e.MAS 7 Premium Plus menawarkan keupayaan pengecasan pantas DC yang lebih tinggi sehingga 115kW, membolehkanpengecasan daripada 30% hingga 80% dalam tempoh kira-kira 20 minit (tempoh yang sama seperti varianPremium). Penambahbaikan ini menjadikan Proton e.MAS 7 Premium Plus sebagai pilihan yang lebih premium dalam segmennya, menggabungkan jarak pemanduan sehingga 450km berdasarkan kitaran WLTP dengan tahapkeselesaan dan praktikaliti yang dipertingkatkan.
Bagi meningkatkan lagi manfaat kepada pelanggan, semua varian Proton e.MAS 7 kini ditawarkan denganRebat Pelancaran Khas bernilai RM7,000 untuk tempoh terhad, menjadikan pemilikan lebih mudah diakses. Dengan tawaran masa terhad ini, harga Proton e.MAS 7 bermula daripada RM96,800* bagi varian Prime, manakala varian tertinggi Premium Plus ditawarkan pada harga RM118,800*, memberikan nilai yang menarikdalam segmen EV premium.
Layari laman web rasmi Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MASCars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai model-model Proton e.MAS.
*Harga atas jalan (OTR), tidak termasuk insurans.
#PROTONeMAS7PHEV #DualPoweredEV #OpenYourWorld
#PROTONeMAS7 #NationalEV #FreedomThatElectrifies