Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jep Sepahtu Maklum Sudah Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib

Jep Sepahtu ambil tindakan undang undang
Kredit: Threads @jepsepahtu & Instagram @jepsepahtu

Pelawak dan pelakon, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah pun mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya yang dibuat oleh usahawan, Shuib.

Jep Sepahtu ambil tindakan undang-undang

Menerusi kenyataan yang dikongsikan hari ini di Threads, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata tindakan tersebut diambil selepas mendapatkan nasihat daripada peguam.

Katanya yang turut memohon maaf kepada Shuib, tindakan itu sudah pun diambil sebelum Shuib memuat naik video permohonan maaf kepada dirinya di Instagram hari ini.

“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.

“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal fitnah,” ujarnya.

Dalam hantaran yang sama, Jep turut berkongsi video permohonan maaf yang dimuat naik oleh Shuib itu.

Terdahulu, Shuib menerusi satu hantaran di Instagram telah memuat naik video permohonan maaf di atas kekhilafan dirinya berhubung satu kenyataan terhadap Jep yang dikeluarkan dalam salah satu sesi podcast yang disiarkan di saluran Youtube Dol Podcast.