Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jepun Larang Guna "Power Bank" Dalam Pesawat Bermula Jumaat
TOKYO – Kementerian Pengangkutan Jepun secara rasmi melarang penggunaan pengecas mudah alih atau power bank bagi semua penerbangan yang berlepas dari atau tiba di lapangan terbang negara itu, lapor NHK Japan.
Langkah tegas ini diambil susulan beberapa insiden bateri litium-ion terbakar dan mengeluarkan asap di dalam kabin pesawat sebelum ini.
Peraturan baharu yang mula dikuatkuasakan pada Jumaat (24 April) hari ini merangkumi larangan mengecas sebarang peranti elektronik seperti telefon pintar menggunakan power bank.
Selain itu, penumpang juga dilarang sama sekali daripada mengecas unit power bank itu sendiri menggunakan soket elektrik yang disediakan di dalam kabin pesawat
Di bawah garis panduan terbaharu ini, setiap penumpang hanya dihadkan membawa maksimum dua unit pengecas mudah alih ke dalam kabin.
Kerajaan Jepun tidak berkompromi dalam soal keselamatan ruang udara.
Individu yang didapati melanggar peraturan sama ada mengecas peranti semasa penerbangan atau membawa unit melebihi had yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan undang-undang, penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum satu juta yen.
Tinjauan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo mendapati rata-rata syarikat penerbangan telah memulakan kempen kesedaran dengan memaparkan maklumat larangan tersebut di kaunter daftar masuk.

Meskipun segelintir pengembara menyifatkan peraturan itu sebagai agak menyusahkan, terutamanya bagi mereka yang melakukan perjalanan perniagaan, namun mereka akur demi faktor keselamatan.
"Sangat menyusahkan apabila tidak dapat mengecas telefon di atas pesawat, tetapi saya faham ia perlu dilakukan kerana risiko kebakaran yang telah berlaku sebelum ini," kata salah seorang penumpang.
Langkah Jepun ini adalah selaras dengan pindaan peraturan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada Mac lalu yang melarang penggunaan pengecas mudah alih semasa dalam penerbangan bagi mengurangkan risiko teknikal di udara.
Japan's transport ministry has banned the use of portable chargers, also called power banks, on flights departing from and arriving at airports in Japan after a series of incidents involving lithium-ion batteries catching fire or emitting smoke onboard.
The new rules went into effect on Friday. Recharging smartphones and other devices with portable chargers or charging the power banks themselves using outlets in the cabin are both prohibited.
Under the new rules, one passenger can bring no more than two chargers into the cabin.
People who charge their batteries or bring in more chargers than allowed could face a prison sentence of up to two years or a maximum fine of one million yen -- roughly 6,300 dollars.
At Tokyo's Haneda Airport, the check-in counters of various airlines are displaying information on portable chargers.
One traveler says that being unable to recharge her devices during a flight is inconvenient, but it cannot be helped because fires have occurred.
Another traveler says he used to recharge his smartphone with a mobile battery on board during his business trips, but on this day he is doing it before boarding.
The International Civil Aviation Organization revised its rules in March to ban the in-flight use of portable chargers.
Editorial note: In an earlier version of this story we wrote that the use of portable chargers has been banned "on flights into and out of the country," but it should have said "departing from and arriving at airports in Japan."