Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Johan Ghazali Dedah Hampir Tarik Diri Sebelum Aksi ONE 168: Denver

johan ghazali hampir tarik diri
Sumber: Johan Ghazali Jojo via Facebook

Johan Ghazali Dedah Hampir Tarik Diri Sebelum Aksi ONE 168: Denver

Siapa sangka di sebalik kemenangan yang diraih buat negara, jaguh Muay Thai, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, atau lebih dikenali sebagai Jojo, terpaksa berdepan cabaran besar sebelum pertarungan.

Jojo mendedahkan bahawa dia hampir menarik diri daripada menyertai acara ONE 168: Denver kerana mengalami patah tangan.

Pengakuan tersebut dikongsikan oleh Jojo sendiri menerusi laman Facebook miliknya, di mana dia turut memuat naik video yang menunjukkan keadaan tangannya yang agak teruk.

“Inilah tangan Jojo yang patah. Sebelum lawan lagi, tangan dah patah.

“Jojo hampir tarik diri, ramai yang tak tahu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah beri saya semangat,” tulisnya dalam hantaran itu.

https://www.facebook.com/reel/1564718107774858

Jojo menjelaskan bahawa kecederaan itu berlaku enam minggu sebelum perlawanan yang menyaksikan dia berjaya menewaskan Jose Cruz di Ball Arena, Denver, Colorado, Amerika Syarikat.

Meskipun hampir menarik diri, Jojo bersyukur kerana sempat pulih sebelum berdepan dengan petarung dari Mexico tersebut.

Untuk info, dalam perlawanan itu, Jojo hanya memerlukan satu pusingan untuk menjatuhkan Cruz menerusi knockout (KO).

Kemenangan ini tidak hanya meningkatkan rekod kemenangan Jojo kepada 6-1, tetapi juga melayakkan dia menerima bonus kemenangan sebanyak AS$50,000 (RM216,699).

BACA: YouTuber ‘Mukbang’ Terkenal Turun Berat Badan 113Kg, Tampil Dengan ‘Wajah Baru’

BACA: Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024

BACA: Tidak Mudah Menang Trofi, Kemenangan Perlu Diraikan – Pau Marti

Sumber: Johan Ghazali Jojo via Facebook