Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Banjir johor kelantan terengganu
Gambar: Bernama

Johor Kembali Dilanda Banjir, Kelantan Dan Terengganu Beransur Pulih

Iqbal Yasir

Johor Kembali Dilanda Banjir, Kelantan Dan Terengganu Beransur Pulih

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan pengurangan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Johor kembali dilanda bencana alam itu akibat hujan lebat petang ini.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir menurun kepada 623 orang setakat 4 petang ini berbanding 882 pagi tadi dan daripada jumlah itu 621 ditempatkan di sembilan PPS di Tanah Merah, sementara dua lagi di PPS di Kuala Krai.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.0 meter (m).

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa di daerah Besut menurun kepada 238 orang setakat 4 petang, berbanding 651 orang pada 8 pagi tadi.

Sementara itu, semakan di Portal Public InfoBanjir mendapati paras air di Sungai Telemong di Kuala Ping (F1), Hulu Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu melebihi paras amaran.

Di JOHOR, sebanyak 12 orang dari Kampung Baru Sungai Mas dalam daerah Kota Tinggi yang terjejas, kini ditempatkan di PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan paras Sungai Ulu Pontian Besar di Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai berada pada paras waspada dengan bacaan 11.49 m.

“Tiga daerah dilaporkan hujan petang ini iaitu Mersing, Kluang dan Tangkak, manakala empat daerah mendung iaitu Muar, Segamat, Kota Tinggi dan Kulai sementara keadaan di Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat cerah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: 179 Disahkan Terkorban Dalam Nahas Pesawat Jeju Air

BACA: Bekas Presiden AS Jimmy Carter Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

BACA: Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Kelantan