Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jurubahasa Isyarat RTM Meninggal Dunia, Fahmi Ucap Takziah
Jurubahasa Isyarat RTM, Mohammad Fadhil Tan Razman Tan meninggal dunia pada Jumaat.
Berita duka itu dikongsikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu perkongsian di Facebook.
Fahmi turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Saya dimaklumkan Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Abby Tan, sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac lalu.
"Semoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.
"Takziah juga kepada rakan-rakan di RTM, khususnya di Bahagian Berita Ehwal Semasa," katanya.
Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.