Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jurulatih Indonesia Minta Pemain Tidak Berpuasa, Akan Berbincang Dengan Pemimpin Agama

Nurhanis
jurulatih indonesia minta pemain tidak berpuasa
Kredit: Bola.com

Jurulatih Indonesia Minta Pemain Tidak Berpuasa, Akan Berbincang Dengan Pemimpin Agama

Jurulatih pasukan bola sepak Indonesia, Shin Tae Yong meminta pemain pasukan kebangsaan negara itu supaya tidak berpuasa ketika Hari Perlawanan FIFA menentang Burundi pada 25 dan 28 Mac ini, lapor CNN Indonesia.

Menurutnya, dengan cara itu pemain pasukan Garuda dipercayai akan dapat mengekalkan prestasi yang bagus semasa perlawanan berlangsung.

Katanya, beliau akan berbincang dengan pemimpin agama dan barisan pemain mengenai perkara itu.

“Puasa, bagi saya agak susah sebab pemain sepatutnya boleh makan mengikut waktu yang ditetapkan.

“Kalau tidak makan, tetapi kena lari dan bertanding, agak sukar untuk pemain,” katanya.

Jurulatih dari Korea Selatan itu mengakui akan berbincang dengan pemimpin agama bagi membincangkan ibadah puasa bagi pemain pasukan kebangsaan Indonesia.

Kredit: CNN Indonesia

“Jadi saya perlu berkoordinasi dahulu dengan ketua agama dan pemain, supaya saya boleh fokus sepenuhnya pada perlawanan dan sehari sebelumnya.

“Mungkin ada hari pemain tidak perlu berpuasa dan boleh diganti selepas habis bulan Ramadan. Untuk itu kita kena bincang semula dengan pemain dan ketua agama,” tambah beliau.

Difahamkan juga, Indonesia telah memulakan kem latihan menjelang perlawanan menentang Burundi pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan umat Islam di Indonesia akan menjalani ibadah puasa pada Khamis dan pertandingan pertama melawan Burundi di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi jatuh pada Sabtu ini.

BACA: Pemain Badminton Indonesia, Syabda Perkasa & Ibu Maut Nahas Kemalangan

Umat Islam di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand mula berpuasa Khamis

Kredit: BERNAMA

Bernama melaporkan umat Islam di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand mula melaksanakan solat Terawih pada Rabu berikutan Ramadan yang bermula Khamis seperti diumumkan pihak berkuasa agama negara masing-masing.

Di Jakarta, Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas mengumumkan umat Islam di Indonesia juga mula berpuasa pada tarikh yang sama.

Pengumuman itu dibuat selepas persidangan antara beberapa pertubuhan Islam di seluruh negara.

Umat Islam di Singapura turut menjalani ibadah puasa pada Khamis seperti diumumkan oleh Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir.

“Mengikut kiraan hisab berdasarkan kriteria rukyah, anak bulan berada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 38 minit.

“Suka saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan tahun 1444H bermula esok, Khamis bersamaan 23 Mac 2023,” katanya dalam laman sesawang Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Sementara itu umat Islam di Thailand turut meraikan kedatangan Ramadan pada Khamis, menurut kenyataan Pejabat Sheikhul Islam Thailand.

Sheikhul Islam Thailand Aziz Pitakkumpol berkata anak bulan dapat dilihat pada Rabu.

Sumber: CNN Indonesia