Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Juruterbang, Empat Petugas KKM Disahkan Maut Dalam Nahas Helikopter - Residen Miri

KKM
Kredit: Media sosial

MIRI, 8 Sept (Bernama) -- Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi.

Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun, maklumat tentang kejadian dan nama mangsa yang terlibat belum dapat diperincikan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerima maklumat tentang kejadian melibatkan sebuah helikopter BO-105 itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

-- BERNAMA

Intipati
  • Seorang juruterbang dan empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter FDS.
  • Helikopter itu terhempas berhampiran Long Lellang STOLport petang tadi, menurut Residen Miri.
  • CAAM menerima maklumat kejadian melibatkan helikopter BO-105 pada 3.58 petang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan