Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KA Kongsi Resipi Empat Bahan, Tapi Satu Bahan Ini Tak Boleh Dibeli Dengan Duit
Setelah hampir dua minggu umat Islam menjalankan ibadah puasa, pasti ramai yang menantikan resipi-resipi menarik daripada usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming (KA).
Setiap hari, pasti ada sahaja resipi-resipi menarik yang dikongsikan dan sudah pasti mencuri tumpuan netizen.
Tidak dinafikan juga, ramai netizen yang mula berkongsi di media sosial di mana mereka mencuba resipi tersebut. Ada yang berjaya menghasilkannya dan ada juga yang gagal.
Malah, aktiviti memasak yang mungkin dilihat biasa oleh orang lain, berubah menjadi aktiviti yang mampu menunjukkan kasih sayang antara ahli keluarga, rakan-rakan dan juga sanak saudara.
Dalam perkongsian terbaharu, KA ada berkongsi satu resipi pencuci mulut iaitu, Chocolate Mousse.
Namun, selain dari bahan-bahan asas yang dikongsikan, terdapat satu bahan 'rahsia' yang turut digunakan sebagai bahan untuk menu ini.
"Resipi ni guna empat bahan, tiga bahan boleh dibeli di kedai tapi ada satu bahan yang takkan boleh beli walau dengan duit sebanyak mana sekalipun," ujarnya.
Bahan yang diperlukan untuk menyediakan Chocolate Mousse tersebut ialah krim masakan, coklat cip dan krim putar
"Lagi satu bahan korang tak boleh beli walau ada duit banyak mana pun," ujarnya lagi.
Bahan terakhir yang dikongsikan merupakan effort yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah resipi.
Ujar KA lagi, video yang dihasilkannya bukanlah video standard profesional dan bukan video yang akan dijual.
Video yang dikongsi mungkin cukup untuk menghasilkan memori bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan juga saudara-mara.
"Mungkin ada yang baru nak belajar, mungkin ada yang jadikan momen tu sebagai peluang untuk cipta memori bersama anak-anak, ada yang guna peluang ni untuk masak bersama-sama sebab susah nak berkumpul," tambahnya.
Resipi yang dikongsi juga bukanlah untuk kesempurnaan, tetapi cukup untuk semua luangkan masa bersama dengan ahli keluarga dan orang tersayang.
Tambah KA lagi, mungkin ada juga yang mencuba resipi tersebut tetapi tidak mempunyai bahan dan kelengkapan yang cukup.
Namun, sifat mencuba perlu diteruskan dengan apa sahaja bahan yang ada.
"Yang penting, sifat ingin mencuba," tambah KA lagi.
Menurutnya, walaupun hanya menggunakan imaginasi dan mungkin berlaku kegagalan, sekurang-kurangnya orang ramai mencuba.
"Kalau kita letak mindset memasak tu susah, macam mana kita nak tarik minat anak muda untuk memasak," tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa sebak mengetahui 'resipi' keempat itu dan berterima kasih kepada KA kerana mencipta resipi yang boleh dicuba bersama seisi keluarga.
"Bahan 4 buat aku tersedar, aku ketawa dengan kesilapan student yang gagal dengan resipi KA, sebenarnya aku lupa, walaupun mereka gagal, mereka sebenar berani mencuba, yang gagal sebenarnya adalah aku, aku..yang tak pernah cuba apa-apa resipi KA," kata seorang netizen.
"Ni kelas memasak kan. Kenapa aku kena menitiskan air mata," kata seorang lagi.